Wednesday, December 26, 2018

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)


Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).  Gerakan liberalism ini adalah sebuah gerakan ekonomi dan politikal yang menekankan hak individu dari segi autonomi, hak sama rata dan juga peluang selain dari perlindundangn kepada hak asasi individu (seperti hak kebebasan kehidupan, ‘liberty’ iaitu kebebasan dan ‘property’ harta pemilikan), asalnya ianya adalah gerakan menentang sistem kerajaan yang tidak adil dan kemudiannya menentang kerajaan dan ekonomi persendirian dan bisnes yang menekan kehidupan individu. Mereka mempercayai bahawa setiap individu harus dilindungi dan masalah seperti kemiskinan, penyebaran penyakit serta diskriminasi seharusnya tidak berlaku. Topik yang mungkin menjadi isu antara golongan liberal adalah mengenai kebebasan memilih hak kehidupan yang terjadi antara liberalism di United States dan Europe pada abad ke 20.
Walaubagaimanapun dari pandangan konsep islam pula, konsep liberalism ini sendri telah diangkat oleh Namik Kemal, (young Ottoman) mengatakan bahawa Islam mempunyai bentuk tunjang yang sama dengan nilai yang diangkat oleh liberalism iaitu bentuk ijtihad. Dalam jurnal Hurriyet (Freedom) atau bermaksud kebebasan yang dibukukannya pada 1886 mengatakan “ Being cretated free by Allah , man is naturally obliged to benefit this divine gift”. Lalu ia mengatakan bahawa manusia perlu sedar akan apakah bentuk yang menyekat kebebasan mereka. Sebagai contoh liberal mengangkat bahawa tiada siapa yang perlu terlepas dari keadilan walapun individu itu sendiri mempunyai pangkat, (bersesuaian dengan konsep liberal yang cuba menengahkan isu keadilan kepada semua individu dalam politik yang diapplikasikan). Ini juga selari dengan niatnya untuk memastikan setiap individu. Walapun berlainan agama untuk mendapatkan hak yang sama rata. Beliau menyedari bahawa ini adalah sebuah reformasi yang penting pada era ke-19 dan 20 itu. Kuasa sultan juga perlu disekat supaya rakyat tidak tertindas dan sentiasa dilindungi dan diberikan hak status yang sama rata.
Dari konsep yang diketengahkan oleh penulis, Khalif Muammar, mengenai faktor mengapa liberalism harus ditolak, adalah kerana liberalism akan menerima sekularisme, dalam Malaysia, namun begitu pada pandangan saya, ini bukan sesuatu isu kerana tiada isu di mana institusi agama hanya dihadkan di masjid atau sekolah agama sahaja dan bukan di politik. Hal ini adalah kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai kaum dengan anutan agama yang berbeza. Maka adalah bersesuaian dengan norma ini, bentuk hukuman seharusnya diambil bersesuaian dengan keperluan.  Malah negara seperti Turki sendiri yang terkenal dengan Islam juga telah mengambil bentuk perundangan yang dipengaruhi barat dari abad ke-19 lagi. Malah sejak 1980 juga, beberapa buah Negara dengan rejim Islam sendiri telah cuba menghidupkan kepada perundangan ‘classic’ shariah, namun kebanyakan ahli pemikir islam yang sah (legal muslim scholars) mempercayai bahawa sharia masih boleh diadaptasi dan Negara seperti Iran dan Arab Saudi juga telah mengubah sistem perundangan islam mengikut kesesuaian. [1] Jadi isu sekularism seharusnya tidak mempengaruhi konsep liberal. Malah harus diketahui bahawa liberal juga mempunyai pelbagai cabang, Lefties Liberalism, Modern Liberalism, Progressive Liberalism dan juga Classic Liberalism (Joseph Kaminsky ,2016). Malah memetik kata kata Ibnu khaldun ; “religion as the steward of ‘people’s otherworldly affairs, whereas political laws govern the expediencies of this world” juga bersetuju bahawa hubungan dan perlakuan agama adalah antara individu dengan Tuhan, namun bentuk perundangan politik kerajaan adalah lebih menjurus kepada hal duniawi. Bentuk liberalism yang seharusnya diangkat dengan juga konsep perlulah yang bersesuaian dengan etnografi serta demografi dan masyarakat kita seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan ilmu yang semakin mendalam termasuklah dalam kepercayaan agama sendiri. Sekiranya yang dirisaukan adalah aktiviti islamik yang ditakuti untuk menjadi terhad hanya kerana agama dipisahkan dari politik perudangan negara, ia masih boleh dilakukan di tempat dan persekitaran yang sesuai, sama seperti dengan penganut agama lain yang tidak mungkin akan melakukan atau menyambut perayaan di kawasan suci penganut agama lain. Masalah sekularisme ini tidak lagi pernah muncul di Malaysia atau di kawasan lain.
Sekiranya terjadi ini mungkin dilakukan oleh golongan radikal yang tidak memahami konsep sebenar liberalism sama seperti bentuk masyarakat islam radikal yang salah faham dengan erti sebenar jihad dan tidak memahami garis panduan jihad dan peperangan yang telah diajarkan oleh agama dan yang telah ditunjukkan oleh Nabi sendiri. Adakah golongan radikal ini mencerminkan islam sebenar? Adakah adil jika golongan seperti ini yang diangkat sebagai imej sebenar islam yang sebenarmya mengangkat keamanan dan cinta? Bukankah ini juga tidak adil sekiranya konsep liberalism diangkat melalui pemahaman yang tidak mendalam hanya kerana adal golongan fascist atau radikal yang melakukan sesuatu yang tidak selari dengan perjuangan sebenar liberalism? Seharusnya kita tidak melihat sesuatu dari sudut kecil tapi dari sudut yang lebih mendalam. Malah dari sudut perangkuman Malaysia sendiri juga adalah agama Islam ialah agama persekutuan dan Malaysia bukan agama wajib untuk semua kaum, maka budaya hormat menghormati perbezaan itu perlu, kerana seperti orang bukan islam yang hidup di peradaban Nabi Muhammad, mereka membayar jizyah  (bagi orang yang mampu dan tidak wajib pada wanita dan orang gila) dan tidak layak dikasari, manakala di Malaysia pula mereka yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama juga membayar cukai, sama haknya seperti melayu. Ini juga konsep yang hampir sama dengan konsep jizyah yang digunakan perundangan pada masa dahulu.
Manakala dari konsep demokrasi liberal pula, mereka mengatakan golongan liberal telah menolak ajaran islam dalam segi sistem politik kerana mengikut sistem barat sekaligus menolak sistem islam sebagai sistem yang terbaik. Bagi saya demokrasi liberal ini adalah suatu yang baik kerana ia memastikan setiap keputusan yang dibuat pemegang kuasa untuk tidak melanggar mana mana hak individu serta tidak melanggar kemerdekaan. Ia juga memberikan perluang untuk individu mendapat peluang yang sama rata kerana keputusan dibuat secara majoriti dan tidak boleh melanggar hak individu. Dari pemahaman saya sendiri, di Iran contohnya yang mengamalkan konsep dan mengadaptasi politik islam telah menghadkan serta menyekat wanita dari turut serta dalam perundangan politik.malah di negara barat juga, wanita telah didominasi dan sentiasa di diskriminasikan, sebagai contoh dari harga gaji yang lebih rendah dari lelaki walaupun mereka mempunyai skop jawatan yang sama, selain itu peluang pekerjaan juga lebih diutamakan kepada lelaki. Malah di Iran juga kehidupan sosial mereka amat disekat sehingga tidak dibenarkan untuk menunggang basikal dan memandu. Sekatan ini bermula dan amat kuat pengaruhnya di era 18 hingga awal 2000 dan mula beransur ketikat tahun  1979 ketika retraksi di Iran terjadi. 
Namun, demokrasi liberal ini secara langsung telah membuka peluang bagi wanita untuk turut serta terlibat dalam perundangan si stem politik dan secara tidak langsung mengangkat gerakan feminism yang ditekankan oleh agama yang mengangkat status wanita. Tanpa disedari selepas kejatuhan kegemilangan pemerintahan yang benar mengikut landasan islam, konsep patriarki telah muncul semula dan didominasi dan kaum wanita lebih didominasi dan ditindas sehinggakan suara wanita dikatakan aurat dan menjadi isu besar. Sedangkan Aishah sendiri turut menyampaikan kisah dan turut diangkat sebagai mujathid. Sekiranya suara itu adalah aurat adakah Aishah akan diangkat sebagai mujtahid? Ini sebenarnya adalah salah satu manipulasi yang dilakukan oleh golongan pemerintah yang hanya berdiri di belakang nama Islam tetapi tidak sebenarnya berpaksikan di atas Islam sebenar. Garis panduan mengenai suara wanita yang menjadi aurat dan haram hanyalah ketika wanita membuat suara manja yang disengajakan untuk menggoda lelaki seperti mengeluh dengan manja (secara sengaja) yang merangsang syahwat lelaki (surah al-azhab 32).
 Namun bentuk sekatan yang melampau sehingga memanipulasi demi menyekat kebangkitan wanita sehingga menidakkan mereka belajar atau berkerja ini adalah demi memastikan hanya lelaki yang mendominasi politik. Sedangkan di dalam islam dan quran telah dikatakan bahawa lelaki dan wanita dipandang sama di mata Tuhan, seperti di dalam ayat al hujurat. (49 :13)dan dalam Quran sendiri menceritakan bagaimana hebatnya Balqis , iaitu salah seorang wanita hebat sebagai pemerintah yang bijak dan adil.
Sekiranya dalam penulisan Khalif Muammar yang mengatakan dimana liberal ini mengangkat pluralism agama adalah salah kerana hak individu atau penganut lain tidak berhak dihormati kerana hanya Islam yang benar, maka bagaimana pula akan kisah di mana Nabi Muhammad sendiri telah memberikan penghormatan kepada inidividu bukan islam sendiri. Ini juga selari dengan ajaran agama untuk menghormati mereka yang pelbagai kaum. Ajaran liberalism yang meminta setiap individu untuk menghormati juga selari dengan ajaran agama, dan dengan menghormati masyarakat lain sebenarnya tidak membawa kesan atau menggugat iman seseorang jika dia benar yakin dengan imannya. Bagaimanakah konsep menghormati orang lain boleh menggoyahkan iman?
Untuk konteks menghormati pilihan individu lain, saya akan merujuk kepada sebuah hadis sahih al Bukhari. Ketika Nabi Muhammad masih hidup, terdapat situasi yang dilalui oleh Nabi Muhammad sendiri yang sebenarnya menunjukkan akan personality baginda yang walaupun dia seorang yang lebih dekat dengan Tuhan dan lebih rendah diri dari sifat kita manusia yang masih jahil, baginda telah menunjukkan sifat dan teladan untuk menghormati individu yang berbeza agama. Dari hadis Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim, Daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya, “Jenazah melintasi dekat kami lalu Rasulullah s.a.w. bangun dan kami juga bangun. Kami berkata, “Wahai Rasulullah itu jenazah yahudi.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah.” (al-Bukhari, no: 1311)
Manakala dari ‘Qais ibn Sa’d reported: “A funeral passed by the Messenger of Allah (saws), and he stood up. It was said to him, “This was the funeral of a Jew.” The Prophet said, “Was he not a soul?”.  Yang bermaksud ketika jenazah itu diusung melintasinya dan ditanyakan kepada baginda mengapa dia berdiri baginda menjawab ‘bukankah dahulu dia juga adalah seorang manusia?”
Dan dari Daripada ‘Amir bin Rabi’ah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah sehingga ia melintasi kamu.” (al-Bukhari, no: 1307)
Maka dari hadis hadis di atas sendiri,  golongan ulama berpendapat seseorang itu hendaklah berdiri apabila jenazah lalu di hadapannya sama ada jenazah itu muslim atau tidak. Mereka mengatakan orang yang mengiringi jenazah tidak boleh duduk sehingga diletakkan dari bahu orang yang mengusung. [2]
Menurut di atas bukankah nabi sendiri telah menunjukkan teladan untuk menghormati kaum lain walaupun ‘beliau’ tidak sealiran dengan kepercayaan Islam. Bukankah ini telah menolak idea mengenai kesalahan pluralism agama yang ditolak oleh penulis. Adakah teladan yang ditunjukkan nabi itu menolak sifat tawhid dan ayat quran seperti yang dibahaskan oleh Khalif Muammar? Dan sekiranya ingin dikaitkan dengan orang bukan islam yang layak diperang bukankah telah diberikan garis panduan dalam Quran sendiri di mana tidak boleh membunuh selagi kita tidak diancam dan sekiranya mereka bertaubat maka jangan mereka dibunuh atau dicederakan. Hal ini kerana islam menyebarkan keamanan dan bukan keganasan. Malah dalam Quran 2:256 ‘tiada paksaan dalam agama” tidak membenarkan kita untuk memaksa dengan kekerasan. Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad sendiri menangis dan melarang keras apabila pengikutnya membunuh mereka yang tidak mengancam atau mengucapkan kalimah shahadah. Ini adalah bukti di mana islam amat menekankan sifat toleransi dan empati dalam kehidupan sehinggakan ada peraturan dalam perang, inikan pula dalam kehidupan. Bukankah konsep liberalism yang mengangkat nilai institusi moral untuk menghormati adalah selari?
Ini jelas sekali menunjukkan toleransi dan keterbukaan adalah penting dan ianya seharusnya tidak mampu menggugat iman sekiranya individu itu sendiri yakin dengan imannya kepada Tuhan dan tidak goyah dengan begitu mudah, kerana menghormati tidak bermaksud mempercayai.
Pendapat seterusnya yang mengatakan rasionalisme murni yang didukung liberalism sebagai sebuah alasan untuk ditolak kerana bercanggah dengan agama juga saya rasa kurang adil. Hal ini kerana seperti ajaran agama yang menggalakkan manusia untuk melalukan sesuatu dengan akal fikiran yang waras dan logik supaya tidak terjadi bentuk kezaliman kepada masyarakat. Kerana liberalism menolak bentuk perkahwinan antara pasangan yang belum matang, dan menghalang perkahwinan bawah umur. Ini bersesuaian dengan syarat perkahwinan yang dijadikan garis panduan dalam islam di mana syarat sahnya ialah perkahwinan harus terjalin dari dua individu yang waras akalnya dan bersetuju untuk berkahwin. Sekiranya ingin dihujahkan dengan hadis mengenai perkahwinan aishah dan nabi, terdapat beberapa pendapat dan pandangan ahli pemikir agama yang menyangkal bahawa aishah pada ketika itu adalah 9 tahun. Menurut kajian Maulana, aishah adalah berumur 19 tahun dan adalah dalam lingkungan 14-16 ketika dinikahkan. Hal ini kerana asihah adalah adik kepada Asma yang terlahir dari perkahwinan abu bakar yang telah lahir sebelum kedatangan islam, dan kelahiran aishah adalah sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun selepas kedatangan Islam.[3]  Jika yang diusulkan oleh Khalif adalah ketakutan mengenai hubungan seksual, atau kesetaraan gender, tanpa kedatangan liberalism atau penguasaan liberalism juga, hal ini telah pun terjadi di dalam Negara ini. Namun bukankah lebih wajar jika hak dan keadilan rakyat dari sudut ekonomi lebih diketengahkan dahulu sebelum hal ini diangkat sebagai masalah utama, sedangkan terdapat berbagai penindasan dan tekanan yang dialami oleh rakyat yang perlu diangkat. Malah konsep ini juga terjatuh di bawah konsep naluri dan tidak berkaitan dengan psikologi. Perlu diketahui bahawa tidak semua jawapan ada di dalam al quran, sebagai contoh, ubat demam tidak dinyatakan secara lengkap di dalam al quran, kerana al quran lebih menjurus kepada bentuk kerohanian. Sekiranya akal fikiran ditolak bulat bulat, maka tidak terkejutlah jika masalah depresi dan bunuh diri berleluasa kerana tidak diselesaikan dengan akal fikiran. Telah menjadi norma masyarakat yang tidak memahami dan menggunakan akal fikiran untuk mengaitkan masalah depresi dengan iman, sedangkan nabi yakub sendiri menangis sehingga matanya hampir buta kerana kehilangan yusuf, adakah ini berkaitan dengan iman? Bukankah itu juga salah satu bentuk depresi? Dan kerana quran menuntut kita untuk mengkaji dan belajarlah kita mampu memahami dan mempelajari bentuk bentuk hormones yang dirembes sehingga mampu membawa kesan negative kepada seseorang seperti depresi. Jadi jika ingin ditolak liberal kerana prinsipnya untuk mengkaji sesuatu dengan menggunakan akal fikiran, adakah kita telah menggunakan nikmat akal yang dikurniakan tuhan dan mendukung ajaran dan pesanan nabi untuk menuntut ilmu?
Perkara terakhir yang dinyatakan Khalif mengapa perlu menolak ialah liberal akan mempromosikan nilai liberal iaitu gaya hidup bebas dan menolak undang undang moral. Namun hujah ini tidak dijelaskan dengan terperinci mengenai bentuk undang undang moral apa yang ditolak. Hal ini kerana liberalism selain memperjuangkan hak keadilan rakyat dari perundangan, ia juga mendukung dan mengangkat prinsip moral yang memperjuangkan rakyat untuk menghormati. Liberalist juga percaya bahawa setiap orang harus diberikan peluang perkerjaan atau peluang kehidupan yang bersesuaian dengan kemampuan, bukankah ini adalah bentuk prinsip yang baik? Mengenai kehidupan bebas, tanpa konsep liberal, manusia masih tetap akan melakukan sesuatu yang diingini mereka walaupun diberi sekatan. Liberalism sebenar juga mahukan peluang pendidikan diberikan lebih meluas kepada individu yang kurang berkemampuan selari dengan konsep keadilan yang diingini. Malah, konsep moral yang diketengahkan oleh liberal lebih mendukung kepada bentuk objektif dan bukan subjektif. Mereka menerima sesuatu dan mengambil kira akan sesuatu dari secara logic dan sains dan bukan dari dogma yang lahir dari ‘assumption; yang mungkin menjurus kepada tindakan yang merbahayakan sama ada pada diri dan individu lain. Mungkin dari sudut social, penulis tidak bersetuju dengan konsep liberal yang menyokong individu untuk mendapat hak individu agar tidak terikat dengan peraturan atau ajaran agama Islam yang ditentang oleh penulis. Namun jika kita mengamalkan konsep liberalism hanya dalam sudut poltikal dan keadilan untuk rakyat, bukankah ia dapat menjadikan Negara kita lebih progressive selain memberikan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat. Mengenai kehidupan social, walau dalam apa jua gerakan sekalipun, walau dalam bentuk kawalan Islam yang ketat sekalipun jika seseorang ingin melakukan hubungan bebas, ianya tetap akan terjadi tanpa kita sedar.
 Sebagai kesimpulan, kita harus tahu, setiap gerakan itu pastinya tidak sempurna di mata setiap individu dan tidak mampu untuk merangkumi dan mengawal sesuatu masyarakat secara duniawi dan rohani, namun adalah penting untuk kita melihat pada kesejateraan rakyat dan keadilan dahulu, sebelum kita mencari solusi untuk rohani. Dan hal rohani ini biasanya sulit kerana ianya adalah di luar kemampuan kita dan hanya Tuhan yang maha mengetahui dan menghakimi, bersesuaian dengan ayat 13 dalam surah al hujurat. Bagi konsep gerakan pula, kita harus bijak dan tidak hanya mengambil satu konsep. Jadilah seperti nabi Muhammad yang menggabungkan konsep idealism dan realism dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita tidak perlu hanya terikat dengan satu konsep dan kemudian menjadi buntu apabila ia gagal, tetapi jadilah bijak dengan tahu mengambil bentuk bentuk pendekatan yang mampu meleraikan simpulan mati itu.


[1] Untuk bahan bacaan lanjut boleh merujuk kepada 'Awa, Muhammad Salim. Punishment in Islamic Law : A Comparative Study, hasil penulisan Bassiouni, M. Cherif, iaitu  The Islamic Criminal Justice System dan dari penulisan  Hallaq, Wael B. Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam.
[2] Inilah pendapat al-Hasan bin ‘Ali, Abu Hurayrah, Ibn ‘Umar, Ibn al-Zubayr, Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Musa al-Ash’ari. Ini juga pendapat Ahmad, al-Awza’I, Ishaq, Muhammad bin al-Hasan dan al-Tahawi.
[3] Untuk bacaan lanjut saya telah rangkumkan gambar perbincangan ini di akhir muka, atau anda boleh melayari laman sesawang yang membahaskan isu ini di http://www.muslim.org/islam/aisha-age.htm

Rujukan

'Awa, Muhammad Salim. Punishment in Islamic Law : A Comparative Study. Indianapolis: American Trust Publications, 1982.
Bassiouni, M. Cherif, ed. The Islamic Criminal Justice System. London: Oceana, 1982.
Hallaq, Wael B. Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam. Brookfield, Vt. : Variorum, 1995.
Khadduri, Majid, Law in the Middle East, edited by Majid Khadduri and Herbert J. Liebesny. Washington: Middle East Institute, 1955.


No comments:

Post a Comment

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...