Sunday, December 16, 2018

ISLAM DALAM SEJARAH DAN BUDAYA MELAYU

ISLAM DALAM SEJARAH DAN BUDAYA MELAYU

Image result for islam dan sejarah dan budaya melayu

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI KEPULAUAN MELAYU-INDONESIA

Image result for islam dan sejarah dan budaya melayu quotes
Gambar Peta Kepulauan Melayu-Indonesia

Secara ringkasnya, agama Hindu Buddha di daerah-daerah kepulauan Melayu dan Indonesia dicampuradukkan dengan agama anak watan negara sendiri. Agama ini juga merupakan agama yang dipertahankan oleh golongan raja-raja serta bangsawan yang lain. Golongan bangsawan itu pun tiadalah dapat dikatakan benar-benar faham akan ajaran murni yang terpendam dalam falsafah Hindu asli. Ini kerana ianya berkait dengan upacara serta ajaran-ajaran yang memperbesarkan keagungan dewa demi kepentingan kedudukan mereka sendiri. Kedatangan agama Hindu tidak mengubah pandangan hidup masyarakat Melayu-Indonesia kerana worldview yang berdasarkan seni dan bukan falsafah. Terjemahan dari Bhagavad Gita, Mahabrata tidak menyorotkan falsafah luhur masing-masing. Ini kerana penumpuan pada sastera epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan jelas menyebabkan pengupasan dan pembicaraan falsafah dan pemikiran diabaikan. Kesusasteraan Jawa juga menghimpunkan pelbagai falsafah dan pemikiran tetapi masyarakat buta huruf tidak memahaminya.

Image result for bhagavad gita

Gambar Bhagavad Gita


PENGARUH ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU-INDONESIA

Risalah-risalah Islam banyak menggambarkan sebahagian besar dari isinya itu mengandungi unsur-unsur metafisika ilmu tasawwuf dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam perbicaraan falsafah. Fakta-fakta sejarah yang lahir pada sesuatu masyarakat dan kebudayaannya tidak semestinya membayangkan sifat batin masyarakat dan kebudayaan. 

AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA UNGGUL

Satu agama yang mempunyai sifat kebudayaan sastera yang saintifik yang dengan tegas memberatkan penerimaan oleh penganutnya akan satu konsepsi tunggal peri makna WUJUD melalui bahasa. Keunggulan Islam dan pemikiran Melayu adalah melalui bahasa dan kesusasteraan dan tulisan-tulisan yang melambangkan ketamadunan. Bermulalah satu revolusi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Indonesia dan Kepulauan Melayu yang digelar Al-Attas sebagai zaman baharu.



No comments:

Post a Comment

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...