PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN
OLEH
KHALIF MUAMMAR A. HARIS
Khalif Muammar A. Haris mengkritik pendekatan liberal dalam berhadapan dengan turath yang dapat mengakibatkan keruntuhan autoriti keagamaan. Beliau juga membahas bagaimanakah sikap yang sewajarnya ada pada umat Islam dalam menghadapi modeniti Barat, juga mengkritik pendekatan golongan modenisekular yang cenderung meniru dan menerima secara priori modeniti Barat. Ia juga berusaha memberikan perspektif yang jelas terhadap modeniti Barat, dan konsep pembangunan dan kemajuan berdasarkan kepada pandangan alam worldview Islam.
Jika dirujuk mengenai tradisi, penerangan daripada Eric Hobsbawm mengenai tradisi lebih jelas untuk dikaitkan dengan makalah ini. Melalui penulisan The Invention of Tradition oleh
Eric Hobsbawm membahas tradisi yang bukanlah semata-mata mengenai
peninggalan masa lalu, tetapi ada tradisi yang diciptakan semula bagi alasan
tertentu. Antaranya adalah untuk kepentingan penguasa, pengamal dan pelaku.
Sumber penciptaan tersebut berasal dari masa lalu, sama ada ritual di masa yang
lampau, dari cerita fiksi, dan simbolisme agama. Tradisi yang diciptakan
kembali diformalkan dan diinstitusikan oleh penguasa, dilakukan dengan pola
yang berulang-ulang untuk mengukuhkan bahwa tradisi tersebut berasal dari masa
lalu, padahal sebenarnya baru diciptakan. Di samping itu, Eric Hobsbawm juga
menulis dalam kaitan krisis ideologi yang melanda Inggeris pada abad ke-19.
Hobsbawn menunjukkan tradisi yang sebenarnya diciptakan kembali untuk
menunjukkan bahawa negara Inggeris mempunyai kebudayaan yang tinggi. Sebagai
huraiannya adalah mempunyai tradisi yang mengharuskan pasukan penjaga Istana
Buckingham, Inggeris, memakai topi hitam besar dan rok tartan. Jika dikaitkan
dengan kefahaman konstruktivisme, terlihat di sini bagaimana konstruksi sosial
dibuat untuk kepentingan lapisan masyarakat tertentu. Seterusnya, melalui teori
The Invention of
Tradition ini, Eric Hobsbawm juga ada memecahkan kepada dua bahagian
iaitu tradition and custom. Dalam tradition Hobsbawm memfokuskan kepada
tradisi harus dilakukan tanpa mengubah apa jua bentuk maksud asal manakala custom akan berubah mengikut peredaran
zaman. Hal ini demikian kerana agama dan budaya mempunyai identiti
serta ideologi yang tersendiri dan tidak boleh diubah sesuka hati.
Manakala mengenai turath dan modeniti pula adalah Turath merupakan warisan yang mengikut rakaman-rakaman pemahaman dan pentafsiran ahli-ahli ulama mengenai ajaran-ajaran mahupun ilmu yang termaktub dalam kitab Al-Quran. Sejak 1400 tahun yang lalu, para ulama menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan dan merakamkan perlaksanaan fahaman-fahaman Islam sejak awal lagi. Turath merupakan perkara yang penting untuk membimbing umat Islam menjalani kehidupan ke arah jalan yang benar. Pemahaman yang disampaikan oleh autoriti Islam merupakan satu kepentingan bagi umat Islam untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Barat pula berpendapat tradisi keilmuan silam hanya sekadar memori dan ilmu pengetahuannya dilihat dan dipegang mengikut perkembangan dan revolusi dari keanak-anakkan kepada kedewasaan dan kematangan pada zaman moden yang sentiasa bertukar-tukar.
Modeniti pula dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan. Hal ini merupakan titik permulaan pengalaman masyarakat Barat yang mengangkat modeniti sebagai arus pembaharuan kemajuan pembangunan dan teknologi. Modeniti bermaksud pada masa kini, dan ia merupakan satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan. Modeniti dicirikan dalam kategori industrialisme, kapitalisme , sekularisasi, dan negara bangsa. Modeniti barat lebih mementingkan konkrit tanpa melihat dan mendalami abstrak. Misalnya akal digunakan lebih mengejar pembanggunan dunia dan tidak mendalami rohaniah dan lahiriah. Ironinya kita sebagai masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam masih terpengaruh dengan pemikiran Barat itu sendiri. Secara analoginya, negara kita mempunyai kemajuan lebuhraya, tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih membuang sampah merata-rata di lebuhraya.
Kesimpulannya sebagai umat Islam tidak salah untuk menuntut pemikiran modeniti yang dibawa oleh Barat, tetapi haruslah kita melihat dari worldview pandangan Islam yang mempertengahkan dunia dan akhirat. Pembanggunan Islam haruslah diserap secara menyeluruh iaitu termasuk moral dan nilai murni.Jangan pisahkan ia dengan budaya dan tradisi. Pemikiran dan nilai-nilai murni, rohani dan jasmani harus dicampur adukkan agar kita menjadi manusia yang berjaya mengecapi pembanggunan secara menyeluruh.
Rujukan
Eric Hobsbawm The Invention of Tradition
azzureinraz.wordpress.com
No comments:
Post a Comment