MITOS PERIBUMI MALAS
SYED HUSSIEN AL-ATTAS
Membaca kepada tajuknya sahaja sudah cukup membuatkan perasaan penulis sebagai peribumi untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Jika merujuk kepada masa kini, pelbagai tohmahan dikatakan kepada peribumi. Faktor-faktornya jika dirujuk pada masa kini disebabkan oleh golongan belia melayu terutamanya yang hanya sibuk pada gajet, media sosial dan permainan di dalam gajet semata-mata. Ini hanyalah pandangan saya sebagai golongan belia pada masa kini. Namun begitu, tuduhan ini sama sekali tidak berasas dan puncanya juga kabur, adakah penolakan untuk bekerja di bawah penjajah kerana sudah terbiasa bekerja sendiri menjadi nelayan, petani, pemilik tanah yang meski sempit namun bebas dikira malas? Dan sikap serakah terhadap wang yang sama sekali tidak terdapat dalam kalangan peribumi juga dianggap pemalas? Sedangkan penolakan itu tujuannya ialah kerana tidak mahu diperalati untuk memperkayakan kolonialis di samping ketekunan atau kerajinan itu disamakan dengan keserakahan, maka peribumi perlu tunduk?
Syed Hussein mendapati amat sulit untuk menggelar peribumi sebagai malas disebabkan keengganan sama sekali bukan malas serta ditambah dengan faktor kedudukan dalam politik, ekonomi dan pentadbiran kolonial telah menghalang berlakunya mobiliti peribumi. Pengkaji-pengkaji yang menulis sejarah serta citra masyarakat ketika itu bersikap etnosentrik iaitu pandangan yang melihat cara diri sendiri itu adalah betul dan baik daripada masyarakat atau kelompok sosial yang dikaji. Di samping pandangan yang tidak berdasarkan oleh kajian lapangan yang hanya mengutip nota-nota pelawat ke negara ini seperti yang ditulis oleh Karl Marx dan Engels dalam buku On Colonialism serta ditambah dengan kritikan terhadap agama Islam dan Al-Quran sebagai agama palsu tanpa beri penjelasan.
Kesemua ini telah membawa kepada berjayanya strerotaip yang negatif yang telah merosotkan cara pandang antara sesama masyarakat seperti; orang Melayu = malas; orang Cina = mudah disogok; orang India = penakut dan suka bercakap berbelit-belit. Konotasi negatif ini melingkari pengalaman seharian kita dan telah disosialisasikan dan diasosiasikan dalam masyarakat hingga timbul pelbagai masalah perkauman hasil dari konotasi negatif generalisasi ini.
Menjurus kepada pengenalan bagi Mitos Peribumi Malas ini terdapat pelbagai propaganda dan anasir-anasir yang menceritakan mengenai keburukan masyrakat peribumi. Sifat seperti malas dan buruk itu dapat dilihat dalam propaganda yang dihasilkan. Terdapat juga ideakolonial yang memanfaatkan gagasan tentang peribumi malas. Faktor-faktor inilah yang membuatkan amalan penindasan dan ketidakadilan khususnya dalam bidang tenaga kerja. Menurut Syed Hussien Al-Attas bahawa baik pihak Barat memberi satu imej yang buruk supaya senang untuk menakluki tanah jajahan yang dikehendakinya. Clive Day juga menyifatkan pertahanan sesebuah peribumi hanya sesuai dengan maksud kejahatan. Manakala, Furnival menggambarkan ideologi kolonialisme baharu sebagai satu ideologi yang mengakui keperluan meningkatkan kesejahteraan peribumi untuk memerdekan sesebuah negara. Anasir-anasir daripada ideologi ini telah mengakibatkan suatu diskriminasi. Rumusannya, label Melayu 'MALAS' ini dimulakan oleh orang Barat dan mempengaruhi mentaliti melayu sehingga kini.
Kesimpulannya, label 'Melayu Pemalas' adalah rentetan daripada salah tanggapan orang-orang asing kerana mereka gagal untuk memahami susur galur orang melayu dan membuat satu justifikasi bahawa orang melayu adalah pemalas.
Rujukan
Mitos Peribumi Malas Syed Hussien Al Attas
tidakselainbuku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment