Sunday, December 16, 2018

ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU
IDRIS ZAKARIA

Kata-Kata Daripada Tok Kenali

Image result for quotes tok kenali

Secara ringkasnya artikel ini mengupas falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas kepada pembentukan kebudayaan dan keseniaan Melayu. Aspek-aspek falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu adalah :

1 - Faham Akidah
2- Rasional dalam Islam
3- Toleransi dalam Islam
4- Ukhuwwah
5- Pandangan Sejagat Islam
6- Fahaman Ahli Sunnah Waljamaah
7- Ciri-Ciri Kedamaian
8- Kesenian Islam

Kesemua 8 elemen ini sangat penting dalam falsafah pemikiran Islam kerana ianya saling berkaitan diantara satu sama lain. Kelapan-lapan elemen ini juga jika diangkat dan dipaksikan dalam memahatkan kebudayaan Melayu tidak mustahil ia akan diangkat sebagai paksi penting dalam falsafah pemikiran Islam. Sebagai huraiannya, pertama faham akidah. Masyarakat Islam perlu memahami akidah yang harus dicontohi dan diteladani baginya supaya tidak terpesong daripada ideologi agama yang dianuti. Memahami akidah merupakan satu cabaran bagi umat Islam khususnya pada masa kini. Seterusnya, memiliki sifat rasional dalam Islam. Memiliki sifat rasional sangat penting kerana rasional ini akan membentuk satu ideologi yang mencapai pemikiran minda kelas pertama bagi seseorang individu dan akan mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. Manakala toleransi dalam Islam akan membantu untuk tidak mempunyai sifat menghakimi di antara satu sama lain. Toleransi juga mampu memberi satu imej yang baharu dan unik kepada masyarakat bukan beragama Islam. Ukhuwwah adalah salah satu elemen yang penting dalam melestarikan pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu kerana melalui satu pembentukan ukhuwwah yang bagus ia mampu menyampaikan satu penceritaan yang menarik dan memberi satu impak positif kepada pihak ketiga. Pandangan sejagat Islam ini adalah salah satu daripada semua capaian yang ada di antara elemen-elemen yang dinyatakan di atas tadi. Pandangan ini mempunyai pelbagai maksud dan capaian katarsis yang berbeza. Namun begitu, jika pandangan sejagat Islam ini dibentuk di dalam arus yang tepat tidak mustahil Islam dan falsafah dalam kebudayaan Melayu mampu dihargai oleh masyarakat sekeliling. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat penting untuk diteladani dalam melaksanakan falsafah Islam dalam kebudayaan Melayu supaya tidak tersalah atau terlebih dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak leka dalam melaksanakannya. Ciri-ciri kedamaian dan kesenian Islam perlu diterapkan supaya masyarakat Islam khususnya lebih memahami mengenai falsafah kebudayaan.

Seterusnya adalah cabaran dalam penghakisan pegangan Islam. Pelbagai cabaran penghakisan pegangan Islam yang ada masa kini khususnya. Bukan sahaja dari ideologi liberal dalam konsep islam serta agama, cabaran dari segi isu-isu transgander yang menuntut hak kesamarataan, radikalnya sesebuah masyarakat dalam agama dan segala cabaran yang mencabar minda masyarakat Islam terutamanya dalam perkara yang berkait dengan pegangan Islam. Dalam gelombang globalisasi pula, ia merupakan satu fenomena yang meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah masyarakat. Gelombang globalisasi ini penting dalam pemangkin sesuatu kebudayaan walaupun ia juga mempunyai kesan negatif kepada masyarakat jika disalahgunakan.

Kesimpulannya, falsafah pemikiran Islam kini sedang menghadapi cabaran besar yang berkemungkinan menghakis asas-asas pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu serta akhirnya jati diri Melayu sendiri. Selain itu, Islam dengan jelas telah memahatkan falsafahnya dalam kebudayaan Melayu sehingga Islam di Malaysia diangkat sebagai satu paksi penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Justeru, orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab besar untuk mendaulatkan Islam yang menyediakan asas kepada pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu serta akhirnya jati diri orang Melayu. Inilah tugas yang wajib dipikul oleh kita semua kerana Islam adalah agama kita dan 'diri kita sendiri'.






No comments:

Post a Comment

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...