Wednesday, December 26, 2018

KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
OLEH
MOHD HARIZAN POZAI, MUHAMMAD SYAIBANI AHMAD DAN BUSHRAH BASIRON


Related image

Penulis tidak dapat menyangkal bahawa walaupun konteks dunia sekarang sudah mempunyai tahap teknologi yang canggih namun kemunduran masyarakat Islam dalam Sains dan Teknologi masih tinggi.

Sebagai contoh, lampiran ini menunjukkan statistik yang dilaksanakan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi dan Inovasi Malaysia khususnya dalam bidang sains dan teknologi pada tahun 2018.

Rajah 1 : Minat Awam Terhadap Isu-isu S&T


Rajah 2 : Pengetahuan Awam Terhadap Isu-isu S&T

Rajah 3 : Sikap Awam Terhadap Isu-isu S&T


Rajah 4 : Pemahaman Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 5 : Sumber bagi Memperoleh Maklumat S&T

Secara keseluruhannya, statistik daripada kelima-lima rajah ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia masih di tidak mencapai satu capaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Melalui kajian ini, teknologi yang ada di negara membangun seperti Malaysia masih di tahap sederhana dan bukannya terbaik.

PENGENALAN

Umumnya, umat Islam mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dibuktikan dengan sumbangan hebat para sarjana Islam seoerti al-Khawarizmi, al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Haithzam dan ramai lagi dalam pelbagai ilmu. Walaubagaimanapun, kegemilangan ini mengalami zaman kemunduran atau kemerosotan disebabkan faktor yang tertentu. Antaranya termasuk corak pemikiran umat Islam, perpecahan, perluasan kuasa dan penjajahan serta kebergantungan kepada kuasa besar. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh unsur Kolonualisme, sistem pemerintahan, sistem pendidikan serta ekonomi umat Islam.


KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

* Ideologi, mentaliti dan corak serta cara pemikiran ke arah mendasari tentang sesuatu perkara atau bidang ternyata sangat cetek.
* Perpecahan yang terjadi dalam kalangan pemimpin di kebanyakan negara Islam menjadi salah satu faktor kepada kemunduran umat islam khususnya dalam bidang sains serta teknologi.

Antara semua faktor ini tidak kira dari segi ideologi, mentaliti dan corak serta cara pemikiran sangat mempengaruhi dan memberi impak yang besar kepada kemunduran umat Islam dalam sains dan teknologi. Realitinya pada masa kini, kemunduran dalam bidang sains dan teknologi terkesan kepada negara yang sedang membangun terutamanya dalam kalangan negara Islam yang mana perbandingannya amatlah ketara. Justeru, apabila kita melihat kepada kemunduran sesebuah negara dalam bidang sains dan teknologi adalah dimonopoli oleh negara kelas ketiga yang mana majoritinya diwakili oleh negara Islam di seluruh dunia. Ini mungkin ada kaitannya dengan penguasaan oleh negara dunia kelas pertama atau negara maju yang banyak dikuasai oleh bangsa Yahudi dan Kristian.

Terdapat beberapa faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk lebih berkembang dan memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi.
Antaranya adalah :
1. Tahap Kebergantungan
2. Kolonialisme
3. Sistem Pemerintahan
4. Sistem Pendidikan
5. Perancangan dan Pemantapan Ekonomi
6. Pembangunan Infrastruktur Kesan Dari Sains dan Teknologi

Keenam-enam faktor utama yang dinyatakan oleh Mohd Harizan Pozai, Muhammad Syaibani Ahmad dan Busrah Basiron ini jelas memperincikan bahawa keenam-enam ini adalah faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk lebih berkembang dan memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi. 

Tahap kebergantungan ini adalah bermaksud tentang dana yang akan disalurkan bagi menyokong tahap perkembangan teknologi dan penyelidikan yang akan dilakukan dalam bidang sains. Pinjaman dari segi teknologi moden juga menjadi salah satu kebergantungan yang mendesak bagi negara yang sedang membangun untuk membangunkan teknologi yang terkini. Jadi jika sesebuah negara itu mempunyai perancangan yang rapi, visi yang teguh tidak mustahil dapat mempertingkatkan lagi perkembangan sains dan teknologi.

Kolonialisme pula adalah implikasi dari dasar kolonialisme yang begitu tinggi dalam menjarah dan mendominasi segala sumber asli ke atas penaklukan pasaran yang memberi kesan kepada negara dan masyrakat. Walaupun negara itu sudah merdeka sistem seperti ini masih berlanjutan sehingga kini terutama dalam sistem pendidikan.

Sistem pendidikan pula adalah suatu sistem yang diperlukan bagi membangunkan bidang sains dan teknologi. Terdapat pelbagai andaian dan persoalan jenis sistem pendidikan yang diterapkan oleh kebanyakan negara Islam di asia timur selepas perang dunia kedua berlaku. Sistem pendidikan yang dicorak dan diadun serta mengikut acuan sendiri perlu dilaksanakan dan diusahakan.

Perancangan dan pemantapan ekonomi adalah kesinambungan pemantapan teknologi dan sains kepada pembangunan ekonomi dan terang serta jelas kepada seluruh masyarakat di dunia. Dalam pengurusan sumber negara, perbelanjaan ke arah pemantapan sistem pendidikan perlu diberi keutamaan, boleh juga diselarikan dengan perumpaan pendidikan yang sering diertikan berdasarkan perubahan yang drastik kepada ekonomi dunia. Namun, kebelakangan ini terdapat permasalahan ekonomi yang masih tidak diurus dengan baik dalam kalangan negara Islam yang menjadikan negara Islam paling miskin dibebankan dengan bebanan hutang dari negara bukan Islam.Situasi ini juga menyebabkan kemunduran berlaku di kalangan umat Islam.

Pembangunan infrastruktur kesan dari sains dan teknologi menjelaskan bahawa pengajian dalam sudut sains dan ilmu berkaitannya meraih sokongan dan perlindungan dari pemerintah yang berkuasa dan saintis mahupun ahli pemikir Islam dan mendapat dorongan dan bantuan untuk menjalankan pengembangan ilmu dan pengajian sains ini.

RUMUSAN
Kesimpulannya, sudah menjadi fitrah manusia untuk memahami fenomena alam melalui penerokaan ilmu. Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan manusia untuk sentiasa mempelajari dan menyelidiki tentang sesuatu ilmu yang baru termasuk ilmu sains dan teknologi merupakan salah satu bidang ilmu penting dalam pentadbiran alam. Kepentingan ilmu dan kewajipan menuntut ilmu terserlah dalam peristiwa wahyu pertama yang diturunkan di Gua Hira'. Galakan menuntut ilmu secara berterusan juga banyak dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.








No comments:

Post a Comment

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...