Sunday, December 16, 2018

MITOS PERIBUMI MALAS OLEH SYED HUSSIEN AL-ATTAS

MITOS PERIBUMI MALAS
SYED HUSSIEN AL-ATTAS

Image result for mitos peribumi malas syed hussien al-attas

Membaca kepada tajuknya sahaja sudah cukup membuatkan perasaan penulis sebagai peribumi untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Jika merujuk kepada masa kini, pelbagai tohmahan dikatakan kepada peribumi. Faktor-faktornya jika dirujuk pada masa kini disebabkan oleh golongan belia melayu terutamanya yang hanya sibuk pada gajet, media sosial dan permainan di dalam gajet semata-mata. Ini hanyalah pandangan saya sebagai golongan belia pada masa kini.  Namun begitu, tuduhan ini sama sekali tidak berasas dan puncanya juga kabur, adakah penolakan untuk bekerja di bawah penjajah kerana sudah terbiasa bekerja sendiri menjadi nelayan, petani, pemilik tanah yang meski sempit namun bebas dikira malas? Dan sikap serakah terhadap wang yang sama sekali tidak terdapat dalam kalangan peribumi juga dianggap pemalas? Sedangkan penolakan itu tujuannya ialah kerana tidak mahu diperalati untuk memperkayakan kolonialis di samping ketekunan atau kerajinan itu disamakan dengan keserakahan, maka peribumi perlu tunduk? 

Syed Hussein mendapati amat sulit untuk menggelar peribumi sebagai malas disebabkan keengganan sama sekali bukan malas serta ditambah dengan faktor kedudukan dalam politik, ekonomi dan pentadbiran kolonial telah menghalang berlakunya mobiliti peribumi. Pengkaji-pengkaji yang menulis sejarah serta citra masyarakat ketika itu bersikap etnosentrik iaitu pandangan yang melihat cara diri sendiri itu adalah betul dan baik daripada masyarakat atau kelompok sosial yang dikaji. Di samping pandangan yang tidak berdasarkan oleh kajian lapangan yang hanya mengutip nota-nota pelawat ke negara ini seperti yang ditulis oleh Karl Marx dan Engels dalam buku On Colonialism serta ditambah dengan kritikan terhadap agama Islam dan Al-Quran sebagai agama palsu tanpa beri penjelasan. 

Kesemua ini telah membawa kepada berjayanya strerotaip yang negatif yang telah merosotkan cara pandang antara sesama masyarakat seperti; orang Melayu = malas; orang Cina = mudah disogok; orang India = penakut dan suka bercakap berbelit-belit. Konotasi negatif ini melingkari pengalaman seharian kita dan telah disosialisasikan dan diasosiasikan dalam masyarakat hingga timbul pelbagai masalah perkauman hasil dari konotasi negatif generalisasi ini. 

Menjurus kepada pengenalan bagi Mitos Peribumi Malas ini terdapat pelbagai propaganda dan anasir-anasir yang menceritakan mengenai keburukan masyrakat peribumi. Sifat seperti malas dan buruk itu dapat dilihat dalam propaganda yang dihasilkan. Terdapat juga ideakolonial yang memanfaatkan gagasan tentang peribumi malas. Faktor-faktor inilah yang membuatkan amalan penindasan dan ketidakadilan khususnya dalam bidang tenaga kerja. Menurut Syed Hussien Al-Attas bahawa baik pihak Barat memberi satu imej yang buruk supaya senang untuk menakluki tanah jajahan yang dikehendakinya. Clive Day juga menyifatkan pertahanan sesebuah peribumi hanya sesuai dengan maksud kejahatan. Manakala, Furnival menggambarkan ideologi kolonialisme baharu sebagai satu ideologi yang mengakui keperluan meningkatkan kesejahteraan peribumi untuk memerdekan sesebuah negara. Anasir-anasir daripada ideologi ini telah mengakibatkan suatu diskriminasi. Rumusannya, label Melayu 'MALAS' ini dimulakan oleh orang Barat dan mempengaruhi mentaliti melayu sehingga kini. 

Image result for melayu malas


Kesimpulannya, label 'Melayu Pemalas' adalah rentetan daripada salah tanggapan orang-orang asing kerana mereka gagal untuk memahami susur galur orang melayu dan membuat satu justifikasi bahawa orang melayu adalah pemalas.

Rujukan

Mitos Peribumi Malas Syed Hussien Al Attas

tidakselainbuku.blogspot.com


THE WORLDVIEW OF ISLAM AL-ATTAS

The Worldview of Islam Al-Attas
Ru'yat al-Islam li al-wujud
(Pandangan Islam Terhadap Hakikat dan Kebenaran Tentang Wujud)

Image result for the worldview of islam syed naquib al attas


Pandangan Hidup sebagai Banggunan Konsep

i - Umum mengetahui bahawa terdapat konsep-konsep tersendiri dalam sesuatu pandangan 
hidup. Konsep-konsep dalam pandangan hidup itu saling terkait erat dan merupakan kesatuan pemikiran maka pandangan hidup adalah banggunan konsep yang terdapat dalam pemikiran seseorang. Ia juga mempunyai kaitan dengan jaringan berfikir atau lebih jelas mental network yang berupa keseluruhan yang saling berhubung.

ii - Banggunan konsep itu juga terbentuk dalam aliran pemikiran seseorang secara perlahan-lahan in gradual manner, bermula dari akumulasi. Konsep-konsep dan sikap mental yang dikembangkan oleh seseorang sepanjang hidupnya, sehingga akhirnya membentuk framework berfikir. Sebagai contoh mental framework atau framework berfikir adalah solat 5 waktu.

iii - Jika berbicara dari sudut epistimologi pula adalah epistemologis adalah proses berfikir. Proses berfikir ini sama ada dengan cara kita mencari dan memperolehi ilmu iaitu akumulasi pengetahuan. Ia terdiri daripada idea-idea, kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang kesemuanya membentuk satu konsep yang saling berkaitan dan digelar sebagai suatu jaringan.

iv - Jaringan ini membentuk struktur berfikir yang koheran iaitu suatu keseluruhan yang saling berhubungan. Ia melalui sesuatu proses alami, dimana pengetahuan tertentu diterima dan pengetahuan yang lain ditolak. 

v - Pengetahuan yang diterima oleh akal kita akan menjadi sebahagian dari struktur worldview yang dimilikinya dan jika akal tidak menerimanya ia tidak menjadi sebahagian daripada pandangan hidup.

vi - Secara keseluruhannya, konsep-konsep ini semua saling berkaitan di antara satu sama lain. Pembetukan sebuah struktur konsep yang sistematik yang dapat digunakan dalam penafsiran makna dan realiti. Konsep-konsep ini bagi Al-Attas, merupakan satu sistem metafizik yang dapat digunakan untuk melihat realiti dan kebenaran. Konsep ini juga menentukan bentuk perubahan, perkembangan dan kemajuan dalam Islam. Hal ini demikian kerana Al-Attas berkata bahawa sistem metafizik yang terbentuk oleh worldview itulah yang berfungsi menentukan sesuatu itu benar dan real dalam setiap kebudayaan.

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...