Wednesday, December 26, 2018

KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)


Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).  Gerakan liberalism ini adalah sebuah gerakan ekonomi dan politikal yang menekankan hak individu dari segi autonomi, hak sama rata dan juga peluang selain dari perlindundangn kepada hak asasi individu (seperti hak kebebasan kehidupan, ‘liberty’ iaitu kebebasan dan ‘property’ harta pemilikan), asalnya ianya adalah gerakan menentang sistem kerajaan yang tidak adil dan kemudiannya menentang kerajaan dan ekonomi persendirian dan bisnes yang menekan kehidupan individu. Mereka mempercayai bahawa setiap individu harus dilindungi dan masalah seperti kemiskinan, penyebaran penyakit serta diskriminasi seharusnya tidak berlaku. Topik yang mungkin menjadi isu antara golongan liberal adalah mengenai kebebasan memilih hak kehidupan yang terjadi antara liberalism di United States dan Europe pada abad ke 20.
Walaubagaimanapun dari pandangan konsep islam pula, konsep liberalism ini sendri telah diangkat oleh Namik Kemal, (young Ottoman) mengatakan bahawa Islam mempunyai bentuk tunjang yang sama dengan nilai yang diangkat oleh liberalism iaitu bentuk ijtihad. Dalam jurnal Hurriyet (Freedom) atau bermaksud kebebasan yang dibukukannya pada 1886 mengatakan “ Being cretated free by Allah , man is naturally obliged to benefit this divine gift”. Lalu ia mengatakan bahawa manusia perlu sedar akan apakah bentuk yang menyekat kebebasan mereka. Sebagai contoh liberal mengangkat bahawa tiada siapa yang perlu terlepas dari keadilan walapun individu itu sendiri mempunyai pangkat, (bersesuaian dengan konsep liberal yang cuba menengahkan isu keadilan kepada semua individu dalam politik yang diapplikasikan). Ini juga selari dengan niatnya untuk memastikan setiap individu. Walapun berlainan agama untuk mendapatkan hak yang sama rata. Beliau menyedari bahawa ini adalah sebuah reformasi yang penting pada era ke-19 dan 20 itu. Kuasa sultan juga perlu disekat supaya rakyat tidak tertindas dan sentiasa dilindungi dan diberikan hak status yang sama rata.
Dari konsep yang diketengahkan oleh penulis, Khalif Muammar, mengenai faktor mengapa liberalism harus ditolak, adalah kerana liberalism akan menerima sekularisme, dalam Malaysia, namun begitu pada pandangan saya, ini bukan sesuatu isu kerana tiada isu di mana institusi agama hanya dihadkan di masjid atau sekolah agama sahaja dan bukan di politik. Hal ini adalah kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai kaum dengan anutan agama yang berbeza. Maka adalah bersesuaian dengan norma ini, bentuk hukuman seharusnya diambil bersesuaian dengan keperluan.  Malah negara seperti Turki sendiri yang terkenal dengan Islam juga telah mengambil bentuk perundangan yang dipengaruhi barat dari abad ke-19 lagi. Malah sejak 1980 juga, beberapa buah Negara dengan rejim Islam sendiri telah cuba menghidupkan kepada perundangan ‘classic’ shariah, namun kebanyakan ahli pemikir islam yang sah (legal muslim scholars) mempercayai bahawa sharia masih boleh diadaptasi dan Negara seperti Iran dan Arab Saudi juga telah mengubah sistem perundangan islam mengikut kesesuaian. [1] Jadi isu sekularism seharusnya tidak mempengaruhi konsep liberal. Malah harus diketahui bahawa liberal juga mempunyai pelbagai cabang, Lefties Liberalism, Modern Liberalism, Progressive Liberalism dan juga Classic Liberalism (Joseph Kaminsky ,2016). Malah memetik kata kata Ibnu khaldun ; “religion as the steward of ‘people’s otherworldly affairs, whereas political laws govern the expediencies of this world” juga bersetuju bahawa hubungan dan perlakuan agama adalah antara individu dengan Tuhan, namun bentuk perundangan politik kerajaan adalah lebih menjurus kepada hal duniawi. Bentuk liberalism yang seharusnya diangkat dengan juga konsep perlulah yang bersesuaian dengan etnografi serta demografi dan masyarakat kita seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan ilmu yang semakin mendalam termasuklah dalam kepercayaan agama sendiri. Sekiranya yang dirisaukan adalah aktiviti islamik yang ditakuti untuk menjadi terhad hanya kerana agama dipisahkan dari politik perudangan negara, ia masih boleh dilakukan di tempat dan persekitaran yang sesuai, sama seperti dengan penganut agama lain yang tidak mungkin akan melakukan atau menyambut perayaan di kawasan suci penganut agama lain. Masalah sekularisme ini tidak lagi pernah muncul di Malaysia atau di kawasan lain.
Sekiranya terjadi ini mungkin dilakukan oleh golongan radikal yang tidak memahami konsep sebenar liberalism sama seperti bentuk masyarakat islam radikal yang salah faham dengan erti sebenar jihad dan tidak memahami garis panduan jihad dan peperangan yang telah diajarkan oleh agama dan yang telah ditunjukkan oleh Nabi sendiri. Adakah golongan radikal ini mencerminkan islam sebenar? Adakah adil jika golongan seperti ini yang diangkat sebagai imej sebenar islam yang sebenarmya mengangkat keamanan dan cinta? Bukankah ini juga tidak adil sekiranya konsep liberalism diangkat melalui pemahaman yang tidak mendalam hanya kerana adal golongan fascist atau radikal yang melakukan sesuatu yang tidak selari dengan perjuangan sebenar liberalism? Seharusnya kita tidak melihat sesuatu dari sudut kecil tapi dari sudut yang lebih mendalam. Malah dari sudut perangkuman Malaysia sendiri juga adalah agama Islam ialah agama persekutuan dan Malaysia bukan agama wajib untuk semua kaum, maka budaya hormat menghormati perbezaan itu perlu, kerana seperti orang bukan islam yang hidup di peradaban Nabi Muhammad, mereka membayar jizyah  (bagi orang yang mampu dan tidak wajib pada wanita dan orang gila) dan tidak layak dikasari, manakala di Malaysia pula mereka yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama juga membayar cukai, sama haknya seperti melayu. Ini juga konsep yang hampir sama dengan konsep jizyah yang digunakan perundangan pada masa dahulu.
Manakala dari konsep demokrasi liberal pula, mereka mengatakan golongan liberal telah menolak ajaran islam dalam segi sistem politik kerana mengikut sistem barat sekaligus menolak sistem islam sebagai sistem yang terbaik. Bagi saya demokrasi liberal ini adalah suatu yang baik kerana ia memastikan setiap keputusan yang dibuat pemegang kuasa untuk tidak melanggar mana mana hak individu serta tidak melanggar kemerdekaan. Ia juga memberikan perluang untuk individu mendapat peluang yang sama rata kerana keputusan dibuat secara majoriti dan tidak boleh melanggar hak individu. Dari pemahaman saya sendiri, di Iran contohnya yang mengamalkan konsep dan mengadaptasi politik islam telah menghadkan serta menyekat wanita dari turut serta dalam perundangan politik.malah di negara barat juga, wanita telah didominasi dan sentiasa di diskriminasikan, sebagai contoh dari harga gaji yang lebih rendah dari lelaki walaupun mereka mempunyai skop jawatan yang sama, selain itu peluang pekerjaan juga lebih diutamakan kepada lelaki. Malah di Iran juga kehidupan sosial mereka amat disekat sehingga tidak dibenarkan untuk menunggang basikal dan memandu. Sekatan ini bermula dan amat kuat pengaruhnya di era 18 hingga awal 2000 dan mula beransur ketikat tahun  1979 ketika retraksi di Iran terjadi. 
Namun, demokrasi liberal ini secara langsung telah membuka peluang bagi wanita untuk turut serta terlibat dalam perundangan si stem politik dan secara tidak langsung mengangkat gerakan feminism yang ditekankan oleh agama yang mengangkat status wanita. Tanpa disedari selepas kejatuhan kegemilangan pemerintahan yang benar mengikut landasan islam, konsep patriarki telah muncul semula dan didominasi dan kaum wanita lebih didominasi dan ditindas sehinggakan suara wanita dikatakan aurat dan menjadi isu besar. Sedangkan Aishah sendiri turut menyampaikan kisah dan turut diangkat sebagai mujathid. Sekiranya suara itu adalah aurat adakah Aishah akan diangkat sebagai mujtahid? Ini sebenarnya adalah salah satu manipulasi yang dilakukan oleh golongan pemerintah yang hanya berdiri di belakang nama Islam tetapi tidak sebenarnya berpaksikan di atas Islam sebenar. Garis panduan mengenai suara wanita yang menjadi aurat dan haram hanyalah ketika wanita membuat suara manja yang disengajakan untuk menggoda lelaki seperti mengeluh dengan manja (secara sengaja) yang merangsang syahwat lelaki (surah al-azhab 32).
 Namun bentuk sekatan yang melampau sehingga memanipulasi demi menyekat kebangkitan wanita sehingga menidakkan mereka belajar atau berkerja ini adalah demi memastikan hanya lelaki yang mendominasi politik. Sedangkan di dalam islam dan quran telah dikatakan bahawa lelaki dan wanita dipandang sama di mata Tuhan, seperti di dalam ayat al hujurat. (49 :13)dan dalam Quran sendiri menceritakan bagaimana hebatnya Balqis , iaitu salah seorang wanita hebat sebagai pemerintah yang bijak dan adil.
Sekiranya dalam penulisan Khalif Muammar yang mengatakan dimana liberal ini mengangkat pluralism agama adalah salah kerana hak individu atau penganut lain tidak berhak dihormati kerana hanya Islam yang benar, maka bagaimana pula akan kisah di mana Nabi Muhammad sendiri telah memberikan penghormatan kepada inidividu bukan islam sendiri. Ini juga selari dengan ajaran agama untuk menghormati mereka yang pelbagai kaum. Ajaran liberalism yang meminta setiap individu untuk menghormati juga selari dengan ajaran agama, dan dengan menghormati masyarakat lain sebenarnya tidak membawa kesan atau menggugat iman seseorang jika dia benar yakin dengan imannya. Bagaimanakah konsep menghormati orang lain boleh menggoyahkan iman?
Untuk konteks menghormati pilihan individu lain, saya akan merujuk kepada sebuah hadis sahih al Bukhari. Ketika Nabi Muhammad masih hidup, terdapat situasi yang dilalui oleh Nabi Muhammad sendiri yang sebenarnya menunjukkan akan personality baginda yang walaupun dia seorang yang lebih dekat dengan Tuhan dan lebih rendah diri dari sifat kita manusia yang masih jahil, baginda telah menunjukkan sifat dan teladan untuk menghormati individu yang berbeza agama. Dari hadis Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim, Daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya, “Jenazah melintasi dekat kami lalu Rasulullah s.a.w. bangun dan kami juga bangun. Kami berkata, “Wahai Rasulullah itu jenazah yahudi.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah.” (al-Bukhari, no: 1311)
Manakala dari ‘Qais ibn Sa’d reported: “A funeral passed by the Messenger of Allah (saws), and he stood up. It was said to him, “This was the funeral of a Jew.” The Prophet said, “Was he not a soul?”.  Yang bermaksud ketika jenazah itu diusung melintasinya dan ditanyakan kepada baginda mengapa dia berdiri baginda menjawab ‘bukankah dahulu dia juga adalah seorang manusia?”
Dan dari Daripada ‘Amir bin Rabi’ah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah sehingga ia melintasi kamu.” (al-Bukhari, no: 1307)
Maka dari hadis hadis di atas sendiri,  golongan ulama berpendapat seseorang itu hendaklah berdiri apabila jenazah lalu di hadapannya sama ada jenazah itu muslim atau tidak. Mereka mengatakan orang yang mengiringi jenazah tidak boleh duduk sehingga diletakkan dari bahu orang yang mengusung. [2]
Menurut di atas bukankah nabi sendiri telah menunjukkan teladan untuk menghormati kaum lain walaupun ‘beliau’ tidak sealiran dengan kepercayaan Islam. Bukankah ini telah menolak idea mengenai kesalahan pluralism agama yang ditolak oleh penulis. Adakah teladan yang ditunjukkan nabi itu menolak sifat tawhid dan ayat quran seperti yang dibahaskan oleh Khalif Muammar? Dan sekiranya ingin dikaitkan dengan orang bukan islam yang layak diperang bukankah telah diberikan garis panduan dalam Quran sendiri di mana tidak boleh membunuh selagi kita tidak diancam dan sekiranya mereka bertaubat maka jangan mereka dibunuh atau dicederakan. Hal ini kerana islam menyebarkan keamanan dan bukan keganasan. Malah dalam Quran 2:256 ‘tiada paksaan dalam agama” tidak membenarkan kita untuk memaksa dengan kekerasan. Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad sendiri menangis dan melarang keras apabila pengikutnya membunuh mereka yang tidak mengancam atau mengucapkan kalimah shahadah. Ini adalah bukti di mana islam amat menekankan sifat toleransi dan empati dalam kehidupan sehinggakan ada peraturan dalam perang, inikan pula dalam kehidupan. Bukankah konsep liberalism yang mengangkat nilai institusi moral untuk menghormati adalah selari?
Ini jelas sekali menunjukkan toleransi dan keterbukaan adalah penting dan ianya seharusnya tidak mampu menggugat iman sekiranya individu itu sendiri yakin dengan imannya kepada Tuhan dan tidak goyah dengan begitu mudah, kerana menghormati tidak bermaksud mempercayai.
Pendapat seterusnya yang mengatakan rasionalisme murni yang didukung liberalism sebagai sebuah alasan untuk ditolak kerana bercanggah dengan agama juga saya rasa kurang adil. Hal ini kerana seperti ajaran agama yang menggalakkan manusia untuk melalukan sesuatu dengan akal fikiran yang waras dan logik supaya tidak terjadi bentuk kezaliman kepada masyarakat. Kerana liberalism menolak bentuk perkahwinan antara pasangan yang belum matang, dan menghalang perkahwinan bawah umur. Ini bersesuaian dengan syarat perkahwinan yang dijadikan garis panduan dalam islam di mana syarat sahnya ialah perkahwinan harus terjalin dari dua individu yang waras akalnya dan bersetuju untuk berkahwin. Sekiranya ingin dihujahkan dengan hadis mengenai perkahwinan aishah dan nabi, terdapat beberapa pendapat dan pandangan ahli pemikir agama yang menyangkal bahawa aishah pada ketika itu adalah 9 tahun. Menurut kajian Maulana, aishah adalah berumur 19 tahun dan adalah dalam lingkungan 14-16 ketika dinikahkan. Hal ini kerana asihah adalah adik kepada Asma yang terlahir dari perkahwinan abu bakar yang telah lahir sebelum kedatangan islam, dan kelahiran aishah adalah sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun selepas kedatangan Islam.[3]  Jika yang diusulkan oleh Khalif adalah ketakutan mengenai hubungan seksual, atau kesetaraan gender, tanpa kedatangan liberalism atau penguasaan liberalism juga, hal ini telah pun terjadi di dalam Negara ini. Namun bukankah lebih wajar jika hak dan keadilan rakyat dari sudut ekonomi lebih diketengahkan dahulu sebelum hal ini diangkat sebagai masalah utama, sedangkan terdapat berbagai penindasan dan tekanan yang dialami oleh rakyat yang perlu diangkat. Malah konsep ini juga terjatuh di bawah konsep naluri dan tidak berkaitan dengan psikologi. Perlu diketahui bahawa tidak semua jawapan ada di dalam al quran, sebagai contoh, ubat demam tidak dinyatakan secara lengkap di dalam al quran, kerana al quran lebih menjurus kepada bentuk kerohanian. Sekiranya akal fikiran ditolak bulat bulat, maka tidak terkejutlah jika masalah depresi dan bunuh diri berleluasa kerana tidak diselesaikan dengan akal fikiran. Telah menjadi norma masyarakat yang tidak memahami dan menggunakan akal fikiran untuk mengaitkan masalah depresi dengan iman, sedangkan nabi yakub sendiri menangis sehingga matanya hampir buta kerana kehilangan yusuf, adakah ini berkaitan dengan iman? Bukankah itu juga salah satu bentuk depresi? Dan kerana quran menuntut kita untuk mengkaji dan belajarlah kita mampu memahami dan mempelajari bentuk bentuk hormones yang dirembes sehingga mampu membawa kesan negative kepada seseorang seperti depresi. Jadi jika ingin ditolak liberal kerana prinsipnya untuk mengkaji sesuatu dengan menggunakan akal fikiran, adakah kita telah menggunakan nikmat akal yang dikurniakan tuhan dan mendukung ajaran dan pesanan nabi untuk menuntut ilmu?
Perkara terakhir yang dinyatakan Khalif mengapa perlu menolak ialah liberal akan mempromosikan nilai liberal iaitu gaya hidup bebas dan menolak undang undang moral. Namun hujah ini tidak dijelaskan dengan terperinci mengenai bentuk undang undang moral apa yang ditolak. Hal ini kerana liberalism selain memperjuangkan hak keadilan rakyat dari perundangan, ia juga mendukung dan mengangkat prinsip moral yang memperjuangkan rakyat untuk menghormati. Liberalist juga percaya bahawa setiap orang harus diberikan peluang perkerjaan atau peluang kehidupan yang bersesuaian dengan kemampuan, bukankah ini adalah bentuk prinsip yang baik? Mengenai kehidupan bebas, tanpa konsep liberal, manusia masih tetap akan melakukan sesuatu yang diingini mereka walaupun diberi sekatan. Liberalism sebenar juga mahukan peluang pendidikan diberikan lebih meluas kepada individu yang kurang berkemampuan selari dengan konsep keadilan yang diingini. Malah, konsep moral yang diketengahkan oleh liberal lebih mendukung kepada bentuk objektif dan bukan subjektif. Mereka menerima sesuatu dan mengambil kira akan sesuatu dari secara logic dan sains dan bukan dari dogma yang lahir dari ‘assumption; yang mungkin menjurus kepada tindakan yang merbahayakan sama ada pada diri dan individu lain. Mungkin dari sudut social, penulis tidak bersetuju dengan konsep liberal yang menyokong individu untuk mendapat hak individu agar tidak terikat dengan peraturan atau ajaran agama Islam yang ditentang oleh penulis. Namun jika kita mengamalkan konsep liberalism hanya dalam sudut poltikal dan keadilan untuk rakyat, bukankah ia dapat menjadikan Negara kita lebih progressive selain memberikan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat. Mengenai kehidupan social, walau dalam apa jua gerakan sekalipun, walau dalam bentuk kawalan Islam yang ketat sekalipun jika seseorang ingin melakukan hubungan bebas, ianya tetap akan terjadi tanpa kita sedar.
 Sebagai kesimpulan, kita harus tahu, setiap gerakan itu pastinya tidak sempurna di mata setiap individu dan tidak mampu untuk merangkumi dan mengawal sesuatu masyarakat secara duniawi dan rohani, namun adalah penting untuk kita melihat pada kesejateraan rakyat dan keadilan dahulu, sebelum kita mencari solusi untuk rohani. Dan hal rohani ini biasanya sulit kerana ianya adalah di luar kemampuan kita dan hanya Tuhan yang maha mengetahui dan menghakimi, bersesuaian dengan ayat 13 dalam surah al hujurat. Bagi konsep gerakan pula, kita harus bijak dan tidak hanya mengambil satu konsep. Jadilah seperti nabi Muhammad yang menggabungkan konsep idealism dan realism dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita tidak perlu hanya terikat dengan satu konsep dan kemudian menjadi buntu apabila ia gagal, tetapi jadilah bijak dengan tahu mengambil bentuk bentuk pendekatan yang mampu meleraikan simpulan mati itu.


[1] Untuk bahan bacaan lanjut boleh merujuk kepada 'Awa, Muhammad Salim. Punishment in Islamic Law : A Comparative Study, hasil penulisan Bassiouni, M. Cherif, iaitu  The Islamic Criminal Justice System dan dari penulisan  Hallaq, Wael B. Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam.
[2] Inilah pendapat al-Hasan bin ‘Ali, Abu Hurayrah, Ibn ‘Umar, Ibn al-Zubayr, Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Musa al-Ash’ari. Ini juga pendapat Ahmad, al-Awza’I, Ishaq, Muhammad bin al-Hasan dan al-Tahawi.
[3] Untuk bacaan lanjut saya telah rangkumkan gambar perbincangan ini di akhir muka, atau anda boleh melayari laman sesawang yang membahaskan isu ini di http://www.muslim.org/islam/aisha-age.htm

Rujukan

'Awa, Muhammad Salim. Punishment in Islamic Law : A Comparative Study. Indianapolis: American Trust Publications, 1982.
Bassiouni, M. Cherif, ed. The Islamic Criminal Justice System. London: Oceana, 1982.
Hallaq, Wael B. Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam. Brookfield, Vt. : Variorum, 1995.
Khadduri, Majid, Law in the Middle East, edited by Majid Khadduri and Herbert J. Liebesny. Washington: Middle East Institute, 1955.


KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
OLEH
MOHD HARIZAN POZAI, MUHAMMAD SYAIBANI AHMAD DAN BUSHRAH BASIRON


Related image

Penulis tidak dapat menyangkal bahawa walaupun konteks dunia sekarang sudah mempunyai tahap teknologi yang canggih namun kemunduran masyarakat Islam dalam Sains dan Teknologi masih tinggi.

Sebagai contoh, lampiran ini menunjukkan statistik yang dilaksanakan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi dan Inovasi Malaysia khususnya dalam bidang sains dan teknologi pada tahun 2018.

Rajah 1 : Minat Awam Terhadap Isu-isu S&T


Rajah 2 : Pengetahuan Awam Terhadap Isu-isu S&T

Rajah 3 : Sikap Awam Terhadap Isu-isu S&T


Rajah 4 : Pemahaman Awam Terhadap Isu-isu S&T
Rajah 5 : Sumber bagi Memperoleh Maklumat S&T

Secara keseluruhannya, statistik daripada kelima-lima rajah ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia masih di tidak mencapai satu capaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Melalui kajian ini, teknologi yang ada di negara membangun seperti Malaysia masih di tahap sederhana dan bukannya terbaik.

PENGENALAN

Umumnya, umat Islam mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dibuktikan dengan sumbangan hebat para sarjana Islam seoerti al-Khawarizmi, al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Haithzam dan ramai lagi dalam pelbagai ilmu. Walaubagaimanapun, kegemilangan ini mengalami zaman kemunduran atau kemerosotan disebabkan faktor yang tertentu. Antaranya termasuk corak pemikiran umat Islam, perpecahan, perluasan kuasa dan penjajahan serta kebergantungan kepada kuasa besar. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh unsur Kolonualisme, sistem pemerintahan, sistem pendidikan serta ekonomi umat Islam.


KEMUNDURAN UMAT ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

* Ideologi, mentaliti dan corak serta cara pemikiran ke arah mendasari tentang sesuatu perkara atau bidang ternyata sangat cetek.
* Perpecahan yang terjadi dalam kalangan pemimpin di kebanyakan negara Islam menjadi salah satu faktor kepada kemunduran umat islam khususnya dalam bidang sains serta teknologi.

Antara semua faktor ini tidak kira dari segi ideologi, mentaliti dan corak serta cara pemikiran sangat mempengaruhi dan memberi impak yang besar kepada kemunduran umat Islam dalam sains dan teknologi. Realitinya pada masa kini, kemunduran dalam bidang sains dan teknologi terkesan kepada negara yang sedang membangun terutamanya dalam kalangan negara Islam yang mana perbandingannya amatlah ketara. Justeru, apabila kita melihat kepada kemunduran sesebuah negara dalam bidang sains dan teknologi adalah dimonopoli oleh negara kelas ketiga yang mana majoritinya diwakili oleh negara Islam di seluruh dunia. Ini mungkin ada kaitannya dengan penguasaan oleh negara dunia kelas pertama atau negara maju yang banyak dikuasai oleh bangsa Yahudi dan Kristian.

Terdapat beberapa faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk lebih berkembang dan memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi.
Antaranya adalah :
1. Tahap Kebergantungan
2. Kolonialisme
3. Sistem Pemerintahan
4. Sistem Pendidikan
5. Perancangan dan Pemantapan Ekonomi
6. Pembangunan Infrastruktur Kesan Dari Sains dan Teknologi

Keenam-enam faktor utama yang dinyatakan oleh Mohd Harizan Pozai, Muhammad Syaibani Ahmad dan Busrah Basiron ini jelas memperincikan bahawa keenam-enam ini adalah faktor utama yang menghalang negara atau umat Islam untuk lebih berkembang dan memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi. 

Tahap kebergantungan ini adalah bermaksud tentang dana yang akan disalurkan bagi menyokong tahap perkembangan teknologi dan penyelidikan yang akan dilakukan dalam bidang sains. Pinjaman dari segi teknologi moden juga menjadi salah satu kebergantungan yang mendesak bagi negara yang sedang membangun untuk membangunkan teknologi yang terkini. Jadi jika sesebuah negara itu mempunyai perancangan yang rapi, visi yang teguh tidak mustahil dapat mempertingkatkan lagi perkembangan sains dan teknologi.

Kolonialisme pula adalah implikasi dari dasar kolonialisme yang begitu tinggi dalam menjarah dan mendominasi segala sumber asli ke atas penaklukan pasaran yang memberi kesan kepada negara dan masyrakat. Walaupun negara itu sudah merdeka sistem seperti ini masih berlanjutan sehingga kini terutama dalam sistem pendidikan.

Sistem pendidikan pula adalah suatu sistem yang diperlukan bagi membangunkan bidang sains dan teknologi. Terdapat pelbagai andaian dan persoalan jenis sistem pendidikan yang diterapkan oleh kebanyakan negara Islam di asia timur selepas perang dunia kedua berlaku. Sistem pendidikan yang dicorak dan diadun serta mengikut acuan sendiri perlu dilaksanakan dan diusahakan.

Perancangan dan pemantapan ekonomi adalah kesinambungan pemantapan teknologi dan sains kepada pembangunan ekonomi dan terang serta jelas kepada seluruh masyarakat di dunia. Dalam pengurusan sumber negara, perbelanjaan ke arah pemantapan sistem pendidikan perlu diberi keutamaan, boleh juga diselarikan dengan perumpaan pendidikan yang sering diertikan berdasarkan perubahan yang drastik kepada ekonomi dunia. Namun, kebelakangan ini terdapat permasalahan ekonomi yang masih tidak diurus dengan baik dalam kalangan negara Islam yang menjadikan negara Islam paling miskin dibebankan dengan bebanan hutang dari negara bukan Islam.Situasi ini juga menyebabkan kemunduran berlaku di kalangan umat Islam.

Pembangunan infrastruktur kesan dari sains dan teknologi menjelaskan bahawa pengajian dalam sudut sains dan ilmu berkaitannya meraih sokongan dan perlindungan dari pemerintah yang berkuasa dan saintis mahupun ahli pemikir Islam dan mendapat dorongan dan bantuan untuk menjalankan pengembangan ilmu dan pengajian sains ini.

RUMUSAN
Kesimpulannya, sudah menjadi fitrah manusia untuk memahami fenomena alam melalui penerokaan ilmu. Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan manusia untuk sentiasa mempelajari dan menyelidiki tentang sesuatu ilmu yang baru termasuk ilmu sains dan teknologi merupakan salah satu bidang ilmu penting dalam pentadbiran alam. Kepentingan ilmu dan kewajipan menuntut ilmu terserlah dalam peristiwa wahyu pertama yang diturunkan di Gua Hira'. Galakan menuntut ilmu secara berterusan juga banyak dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.








PANDANGAN DR HAMID FAHMY

ISLAMISASI VS BARAT OLEH HAMID FAHMY

Image result for hamid fahmy zarkasyi

DR HAMID FAHMY ZARKASYI

"Menurut, Dr Hamid Fahmy Zarkasyi, pada masa kini timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam dalam memahami dan mempelajari konsep Islamisme secara syumul. Ideologi-ideologi barat seperti Hedonisme, Sekularisme, Liberalisme dan jauh lebih merbahaya seperti Pluralisme secara jelas bertentangan dengan konsep Islam".

PENGENALAN

Menurut Abu Bakar Adenan Siregar beliau berkata bahawa sebelum membahas konsep islamisasi ilmu pengetahuan, alangkah baiknya diketahui terlebih dahulu tentang sejarah munculnya ide islamisasi islamisasi ilmu pengetahuan itu sendiri, guna memberikan pengantar terhadap pemahaman tentang tujuan umum dari islamisasi ini. Pada sekitar abad ke-8 masehi, pada masa pemerintahan Daulah Bani Abbasiyah, proses Islamisasi ilmu ini berlanjut secara besar-besaran, iaitu dengan penterjemahan terhadap karya-karya dari Persia dan Yunani yang kemudian diberikan pemaknaan ulang disesuaikan dengan konsep Agama Islam. Salah satu karya besar tentang usaha Islamisasi ilmu adalah hadirnya karya Imam al-Ghazali, Tahafut al-Falasifah, yang menonjolkan 20 idea yang asing dalam pandangan Islam yang diambil oleh pemikir Islam dari falsafah Yunani. Selain itu, beberapa di antara idea tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang kemudian dibahas oleh al-Ghazali disesuaikan dengan konsep akidah Islam. Hal yang sedemikian tersebut, walaupun tidak menggunakan pelabelan Islamisasi, tapi aktiviti yang dilaksanakan berkait dengan makna Islamisasi (hasyim, 2005:32). 

          Menurut al-Faruqi, Islamisasi adalah usaha "untuk mendefinisikan kembali, menyusun ulang data, memikirkan kembali argumen dan rasionalisasi yang berkaitan dengan data itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran, memproyeksikan kembali tujuan-tujuan dan melakukan semua itu sedemikian rupa sehingga disiplin-disiplin ini memperkaya wawasan Islam dan bermanfaat bagi cause (cita-cita)."

        Pengertian Islamisasi ilmu pengetahuan menurut al-Attas, yaitu Pembebasan manusia dari tradisi magis, mitologis, animistis, kultur-nasional (yang bertentangan dengan Islam) dan dari belenggu fahaman sekulerisme terhadap pemikiran (Daud, 1998: 336). Untuk melakukan Islamisasi ilmu pengetahuan tersebut, menurut al-Attas, perlu melibatkan dua proses yang saling berhubungan. Pertama ialah melakukan proses pemisahan elemen-elemen dan konsep-konsep kunci yang membentuk kebudayaan dan peradaban Barat, dan kedua, memasukan elemen-elemen Islam dan konsep-konsep kunci ke dalam setiap cabang ilmu pengetahuan masa kini yang relevan.  

        Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa Islamisasi merupakan sesuatu konsep yang disesuaikan dengan agama Islam. Ia bukan sahaja melibatkan daripada segi ilmu tetapi pencapaian manusia itu sendiri di dalam pencapaiannya dalam memahami ideologi Islam yang sebenar tanpa mengambil secara melulu ideologi Barat.

ISLAMISASI VS IDEOLOGI BARAT PASCA MODERNISASI

Pembelajaran mengenai agama Islam atau sesuatu perkara agama Islam haruslah dilaksanakan tanpa ada pengaruhnya pluralisme. Walaupun terdapat banyak anasir-anasir pluralisme tetapi jika fahaman mengenai agama Islam itu bagus tanpa melakukannya dengan membuta tuli maka ideologi barat di pasca modernisasi tidak akan menjadi satu isu bagi golongan intelektual.

'The problem in the secular world is no religion can be public' Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi.

Manakala dari sudut Kepentingan Pendidikan dalam Islam pula ia memberi satu gambaran bahawa betapa pentingnya pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan salah satu penanda aras berjayanya seseorang individu itu dalam mempromosikan dirinya dan gambaran bagi sesebuah masyarakat yang mempunyai pemikiran kelas pertama. Jika dirujuk pada masa kini, pendidikan dalam Islam khususnya di Malaysia sudah mencapai satu pencapaian tersendiri walaupun Malaysia merupakan salah satu negara yang membangun.

Akhir sekali adalah Manfaat Modernisasi dalam Dunia Pendidikan Islam. Umumnya, modernisasi dalam dunia pendidikan Islam bukan sahaja baru bermula pada hari ini namun sudah lama mempunyai pencapaian tersendiri di dalam dunia Islam. Jika mengambil kata-kata Dr Hamid Fahmy, 'We should not lose our identity and we should preserve our knowledge' , dapat difahami bahawa dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari.


KESIMPULAN

Dr Hamid Fahmy secara keseluruhannya memberi satu pandangan dan perspektif baharu kepada penulis yang merupakan generasi kini dalam memahami dengan terperinci mengenai konsep Islamisasi dengan syumul. Ia juga membuka minda penulis dalam memahami Islamisasi dengan lebih jelas daripada tokoh-tokoh agamawan lain yang membicarakan mengenai Islamisasi ini. Penegasan yang ingin disampaikan oleh Dr Hamid Fahmy adalah sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya mengambil bulat-bulat pandangan daripada dunia luar tanpa memahami apa sebenarnya Islam.

Sunday, December 16, 2018

RASIS YAHUDI

RASIS YAHUDI




Mengapa orang Yahudi begitu berjaya mencapai impian hidup mereka? Salah satu sebabnya ialah motivasi mereka yang kuat berdasarkan ras.Mereka menganggap bahawa ras atau bangsa mereka adalah yang paling mulia dan tinggi martabatnya di dunia ini.Sumbernya adalah berpandukan kitab Talmud, iaitu sebuah kitab yang telah dipesongkan oleh tangan tangan para rabbi mereka dari kitab Taurat yang asli. Antara contoh isi dari kitab Talmud yang menjadi sumber motivasi fanatik  ras mereka adalah : 


1). “Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi” ( Midrasch Talpioth 225 ).
2). “Orang-orang bukan Yahudi perlu dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit” (Orach Chaiim 57,6a) 
3). “Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya marah kepada orang-orang bukan Yahudi” (Talmud IV/8/4a ) 
4). “Dimana saja mereka (orang Yahudi) datang,mereka akan menjadi pembesar raja-raja” (Sanhedrin 104a). 
5). “Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang bukan Yahudi” (Zohar I, 168a) 
6). “Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya”( Choschen Ham 183,7 ) 
7). “Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka harus membayar wang untuk itu” ( Abhodah Zarah 2a T ). 
8). “Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan” (Babha Kama 113a ). 
9). “Kepemilikan orang bukan yahudi seperti padang pasir yang tidak bertuan dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya” (Talmud IV/3/54b ). 
10). “Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya”(Talmud IV/1/113b ). 
11). “Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi” (Talmud IV/2/70b) 
12). “Air mani yang darinya tercipta bangsa-bangsa lain yang berada diluar agama Yahudi adalah air mani kuda” (Jerusalem, 94 ) 
13). “Sejak adanya mereka, maka dari itu, semua manusia bukan yahudi mengotori alam, kerana roh mereka lahir dari bahagian najis” (Zohar I, 131a). 


Setelah membaca beberapa petikan berunsurkan ras dari kitab Talmud diatas yang menjadi sumber rujukan orang-orang Yahudi, maka apalah sangat sikap ras yang dilabelkan oleh sesetengah pemimpin pembangkang terutamanya dari bangsa bermata sepet kepada pemimpin yang sedikit ultra- melayu. Apakah salah kita merasa bangga dengan bangsa Melayu? Bukankah jika dikatakan melayu maka islamlah agamanya.Merasa bangga dengan bangsa disini bermaksud bangga yang masih dalam lingkungan tata-susila , adat  yang dijaga dan tidak melanggar syariat Allah. Dajjal dan Yahudi sudah tahu, untuk melemahkan orang melayu, mereka harus dipisahkan melalui pegangan agama, oleh itu fahaman seperti Wahabi dan Syiah adalah senjata mereka untuk melemahkan umat islam yang rata-ratanya berfahaman ahli sunnah wal jamah. Berhati-hatilah dengan ahli syiah yang berpura-pura (Taqiyah).Mereka ini suka berpura-pura dan menjadi api dalam sekam yang bakal memusnahkan islam dari dalam. Kini orang melayu islam diserang dari segenap penjuru,namun percayalah jika kita bersatu, kita pasti akan berjaya mengharungi setiap cabaran mendatang.Ingat, jangan sampai tanah melayu ini menjadi milik orang lain yang dulunya datang sebagai dagang yang melarat.Ingat, jangan sampai agama islam yang mejadi agama rasmi Negara ini bertukar menjadi Kristian. Jangan biarkan Pulau Pinang, Selangor, Sabah , Sarawak atau mana-mana negeri bertukar menjadi negeri kristian.Dari dulu lagi saya merasa cukup sangsi dengan pembinaan Gereja terbesar asia tenggara di Bukit Jalil.Apakah mereka mempunyai agenda atau perancangan lebih daripada itu??? Mungkinkah bangsa bermata sepet di Malaysia sudah tahu, yang Dajjal sekarang ini berusaha untuk menjadikan Negara China menduduki carta teratas ekonomi dunia.Kalau tidak masakan Pengarah Bank Amerika telah melakukan pemindahan wang secara elektronik kepada bank-bank eropah di China bernilai trillion dollar lalu menjadikan ekonomi China melonjak 10% setahun. China juga sekarang ini telah menjadi pendahulu kepada operasi galian minyak dan pasaran emas dunia. Sebenarnya penguasaan China dalam ekonomi dunia telahpun dijangkakan oleh George Soros, seorang yahudi agen Rothschild dalam satu sesi temu ramah dengan wartawan The Financial Times pada 2009.Ternyata setahun selepas itu iaitu pada tahun 2010 China telah menduduki tempat kedua carta ekonomi dunia  selepas Amerika.Kini purata pertumbuhan ekonomi China adalah 9.6 % setahun dan ianya dijangkakan stabil sehingga 5 tahun lagi selepas 2011. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan nilai perniagaan orang cina di seluruh dunia dianggarkan mempunyai kekayaan cair (di luar sekuriti ) lebih kurang 2  trilion dollar AS. Angka ini hampir sama dengan dana seluruh perbankan Jepun  yang berkisar pada angka 3 trilion dollar AS. Berbalik kita kepada bangsa bermata sepet di Malaysia ini.Mereka sebenarnya juga sedang dipacu oleh gelombang yang melanda China untuk menjadi peneraju terunggul ekonomi dunia dan pemimpin kepada dunia orde baru [ New Word Order ] padahal mereka tidak sedar bahawa semua itu telahpun dirancang dengan teliti oleh Dajjal untuk menyediakan kelengkapan perang dunia ketiga.Percayalah, ia adalah pemindahan hak milik kekayaan buat sementara waktu saja, sementara negara-negara Eropah boleh menumpukan perhatian mereka terhadap perang perang besar …. Armageddon yang akan dicetuskan dibumi Syiria tidak lama lagi. Saudara-saudaraku sekalian, kukuhkan akidah kita, perpaduan kita dan ekonomi kita.Bangkitlah Bangsa Melayu Islam dan pastikan ia benar-benar wujud dan tidak hilang di dunia ini seperti kata-kata Datuk Hang Tuah. Saudara-saudaraku sekalian, kini bumi Mesir dan Syria sedang bermandi darah.Teliti dan renungilah hadis hadis tentang akhir zaman…. Pasti kita ketemui jawapannya. Oleh itu janganlah sesekali kita leka dan bersedialah…. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan, dan seperti selalu motto Sangtawal ialah : “Merdekalah Jiwa Bangsaku” * [ Artikel ke-261 - Sangtawal Sakranta ] 

ISLAM DALAM SEJARAH DAN BUDAYA MELAYU

ISLAM DALAM SEJARAH DAN BUDAYA MELAYU

Image result for islam dan sejarah dan budaya melayu

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI KEPULAUAN MELAYU-INDONESIA

Image result for islam dan sejarah dan budaya melayu quotes
Gambar Peta Kepulauan Melayu-Indonesia

Secara ringkasnya, agama Hindu Buddha di daerah-daerah kepulauan Melayu dan Indonesia dicampuradukkan dengan agama anak watan negara sendiri. Agama ini juga merupakan agama yang dipertahankan oleh golongan raja-raja serta bangsawan yang lain. Golongan bangsawan itu pun tiadalah dapat dikatakan benar-benar faham akan ajaran murni yang terpendam dalam falsafah Hindu asli. Ini kerana ianya berkait dengan upacara serta ajaran-ajaran yang memperbesarkan keagungan dewa demi kepentingan kedudukan mereka sendiri. Kedatangan agama Hindu tidak mengubah pandangan hidup masyarakat Melayu-Indonesia kerana worldview yang berdasarkan seni dan bukan falsafah. Terjemahan dari Bhagavad Gita, Mahabrata tidak menyorotkan falsafah luhur masing-masing. Ini kerana penumpuan pada sastera epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan jelas menyebabkan pengupasan dan pembicaraan falsafah dan pemikiran diabaikan. Kesusasteraan Jawa juga menghimpunkan pelbagai falsafah dan pemikiran tetapi masyarakat buta huruf tidak memahaminya.

Image result for bhagavad gita

Gambar Bhagavad Gita


PENGARUH ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU-INDONESIA

Risalah-risalah Islam banyak menggambarkan sebahagian besar dari isinya itu mengandungi unsur-unsur metafisika ilmu tasawwuf dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam perbicaraan falsafah. Fakta-fakta sejarah yang lahir pada sesuatu masyarakat dan kebudayaannya tidak semestinya membayangkan sifat batin masyarakat dan kebudayaan. 

AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA UNGGUL

Satu agama yang mempunyai sifat kebudayaan sastera yang saintifik yang dengan tegas memberatkan penerimaan oleh penganutnya akan satu konsepsi tunggal peri makna WUJUD melalui bahasa. Keunggulan Islam dan pemikiran Melayu adalah melalui bahasa dan kesusasteraan dan tulisan-tulisan yang melambangkan ketamadunan. Bermulalah satu revolusi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Indonesia dan Kepulauan Melayu yang digelar Al-Attas sebagai zaman baharu.



PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN
OLEH
KHALIF MUAMMAR A. HARIS



Khalif Muammar A. Haris mengkritik pendekatan liberal dalam berhadapan dengan turath yang dapat mengakibatkan keruntuhan autoriti keagamaan. Beliau juga membahas bagaimanakah sikap yang sewajarnya ada pada umat Islam dalam menghadapi modeniti Barat, juga mengkritik pendekatan golongan modenisekular yang cenderung meniru dan menerima secara priori modeniti Barat. Ia juga berusaha memberikan perspektif yang jelas terhadap modeniti Barat, dan konsep pembangunan dan kemajuan berdasarkan kepada pandangan alam worldview Islam.


Jika dirujuk mengenai tradisi, penerangan daripada Eric Hobsbawm mengenai tradisi lebih jelas untuk dikaitkan dengan makalah ini. Melalui penulisan The Invention of Tradition oleh  Eric Hobsbawm membahas tradisi yang bukanlah semata-mata mengenai peninggalan masa lalu, tetapi ada tradisi yang diciptakan semula bagi alasan tertentu. Antaranya adalah untuk kepentingan penguasa, pengamal dan pelaku. Sumber penciptaan tersebut berasal dari masa lalu, sama ada ritual di masa yang lampau, dari cerita fiksi, dan simbolisme agama. Tradisi yang diciptakan kembali diformalkan dan diinstitusikan oleh penguasa, dilakukan dengan pola yang berulang-ulang untuk mengukuhkan bahwa tradisi tersebut berasal dari masa lalu, padahal sebenarnya baru diciptakan. Di samping itu, Eric Hobsbawm juga menulis dalam kaitan krisis ideologi yang melanda Inggeris pada abad ke-19. Hobsbawn menunjukkan tradisi yang sebenarnya diciptakan kembali untuk menunjukkan bahawa negara Inggeris mempunyai kebudayaan yang tinggi. Sebagai huraiannya adalah mempunyai tradisi yang mengharuskan pasukan penjaga Istana Buckingham, Inggeris, memakai topi hitam besar dan rok tartan. Jika dikaitkan dengan kefahaman konstruktivisme, terlihat di sini bagaimana konstruksi sosial dibuat untuk kepentingan lapisan masyarakat tertentu. Seterusnya, melalui teori The Invention of Tradition ini, Eric Hobsbawm juga ada memecahkan kepada dua bahagian iaitu tradition and custom. Dalam tradition Hobsbawm memfokuskan kepada tradisi harus dilakukan tanpa mengubah apa jua bentuk maksud asal manakala custom akan berubah mengikut peredaran zaman. Hal ini demikian kerana agama dan budaya mempunyai identiti serta ideologi yang tersendiri dan tidak boleh diubah sesuka hati.

Manakala mengenai turath dan modeniti pula adalah Turath merupakan warisan yang mengikut rakaman-rakaman pemahaman dan pentafsiran ahli-ahli ulama mengenai ajaran-ajaran mahupun ilmu yang termaktub dalam kitab Al-Quran. Sejak 1400 tahun yang lalu, para ulama menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan dan merakamkan perlaksanaan fahaman-fahaman Islam sejak awal lagi. Turath merupakan perkara yang penting untuk membimbing umat Islam menjalani kehidupan ke arah jalan yang benar. Pemahaman yang disampaikan oleh autoriti Islam merupakan satu kepentingan bagi umat Islam untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Barat pula berpendapat tradisi keilmuan silam hanya sekadar memori dan ilmu pengetahuannya dilihat dan dipegang mengikut perkembangan dan revolusi dari keanak-anakkan kepada kedewasaan dan kematangan pada zaman moden yang sentiasa bertukar-tukar.


Modeniti pula dianggap sinonim dengan kemajuan dan pembangunan. Hal ini merupakan titik permulaan pengalaman masyarakat Barat yang mengangkat modeniti sebagai arus pembaharuan kemajuan pembangunan dan teknologi. Modeniti bermaksud pada masa kini, dan ia merupakan satu fasa sejarah Barat yang sedang melalui pasca-tradisi, pasca zaman pertengahan. Modeniti dicirikan dalam kategori industrialisme, kapitalisme , sekularisasi, dan negara bangsa. Modeniti barat lebih mementingkan konkrit tanpa melihat dan mendalami abstrak. Misalnya akal digunakan lebih mengejar pembanggunan dunia dan tidak mendalami  rohaniah dan lahiriah. Ironinya kita sebagai masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam masih terpengaruh dengan pemikiran Barat itu sendiri. Secara analoginya, negara kita mempunyai kemajuan lebuhraya, tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih membuang sampah merata-rata di lebuhraya. 

Kesimpulannya sebagai umat Islam tidak salah untuk menuntut pemikiran modeniti yang dibawa oleh Barat, tetapi haruslah kita melihat dari  worldview pandangan Islam yang mempertengahkan dunia dan akhirat. Pembanggunan Islam haruslah diserap secara menyeluruh iaitu termasuk moral dan nilai murni.Jangan pisahkan ia dengan budaya dan tradisi. Pemikiran dan nilai-nilai murni, rohani dan jasmani harus dicampur adukkan agar kita menjadi manusia yang berjaya mengecapi pembanggunan secara menyeluruh.

Rujukan

Eric Hobsbawm The Invention of Tradition
azzureinraz.wordpress.com

ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU
IDRIS ZAKARIA

Kata-Kata Daripada Tok Kenali

Image result for quotes tok kenali

Secara ringkasnya artikel ini mengupas falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas kepada pembentukan kebudayaan dan keseniaan Melayu. Aspek-aspek falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu adalah :

1 - Faham Akidah
2- Rasional dalam Islam
3- Toleransi dalam Islam
4- Ukhuwwah
5- Pandangan Sejagat Islam
6- Fahaman Ahli Sunnah Waljamaah
7- Ciri-Ciri Kedamaian
8- Kesenian Islam

Kesemua 8 elemen ini sangat penting dalam falsafah pemikiran Islam kerana ianya saling berkaitan diantara satu sama lain. Kelapan-lapan elemen ini juga jika diangkat dan dipaksikan dalam memahatkan kebudayaan Melayu tidak mustahil ia akan diangkat sebagai paksi penting dalam falsafah pemikiran Islam. Sebagai huraiannya, pertama faham akidah. Masyarakat Islam perlu memahami akidah yang harus dicontohi dan diteladani baginya supaya tidak terpesong daripada ideologi agama yang dianuti. Memahami akidah merupakan satu cabaran bagi umat Islam khususnya pada masa kini. Seterusnya, memiliki sifat rasional dalam Islam. Memiliki sifat rasional sangat penting kerana rasional ini akan membentuk satu ideologi yang mencapai pemikiran minda kelas pertama bagi seseorang individu dan akan mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. Manakala toleransi dalam Islam akan membantu untuk tidak mempunyai sifat menghakimi di antara satu sama lain. Toleransi juga mampu memberi satu imej yang baharu dan unik kepada masyarakat bukan beragama Islam. Ukhuwwah adalah salah satu elemen yang penting dalam melestarikan pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu kerana melalui satu pembentukan ukhuwwah yang bagus ia mampu menyampaikan satu penceritaan yang menarik dan memberi satu impak positif kepada pihak ketiga. Pandangan sejagat Islam ini adalah salah satu daripada semua capaian yang ada di antara elemen-elemen yang dinyatakan di atas tadi. Pandangan ini mempunyai pelbagai maksud dan capaian katarsis yang berbeza. Namun begitu, jika pandangan sejagat Islam ini dibentuk di dalam arus yang tepat tidak mustahil Islam dan falsafah dalam kebudayaan Melayu mampu dihargai oleh masyarakat sekeliling. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat penting untuk diteladani dalam melaksanakan falsafah Islam dalam kebudayaan Melayu supaya tidak tersalah atau terlebih dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak leka dalam melaksanakannya. Ciri-ciri kedamaian dan kesenian Islam perlu diterapkan supaya masyarakat Islam khususnya lebih memahami mengenai falsafah kebudayaan.

Seterusnya adalah cabaran dalam penghakisan pegangan Islam. Pelbagai cabaran penghakisan pegangan Islam yang ada masa kini khususnya. Bukan sahaja dari ideologi liberal dalam konsep islam serta agama, cabaran dari segi isu-isu transgander yang menuntut hak kesamarataan, radikalnya sesebuah masyarakat dalam agama dan segala cabaran yang mencabar minda masyarakat Islam terutamanya dalam perkara yang berkait dengan pegangan Islam. Dalam gelombang globalisasi pula, ia merupakan satu fenomena yang meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah masyarakat. Gelombang globalisasi ini penting dalam pemangkin sesuatu kebudayaan walaupun ia juga mempunyai kesan negatif kepada masyarakat jika disalahgunakan.

Kesimpulannya, falsafah pemikiran Islam kini sedang menghadapi cabaran besar yang berkemungkinan menghakis asas-asas pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu serta akhirnya jati diri Melayu sendiri. Selain itu, Islam dengan jelas telah memahatkan falsafahnya dalam kebudayaan Melayu sehingga Islam di Malaysia diangkat sebagai satu paksi penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Justeru, orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab besar untuk mendaulatkan Islam yang menyediakan asas kepada pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu serta akhirnya jati diri orang Melayu. Inilah tugas yang wajib dipikul oleh kita semua kerana Islam adalah agama kita dan 'diri kita sendiri'.






KHALIF MUAMMAR (LIBERALISM)

Liberalism adalah sebuah pandangan yang diterajui dan dipelopori oleh­ John Locke (1632 -1704) , Adam Smith (1723-90).   Gerakan liberalis...