Liberalism adalah sebuah pandangan yang
diterajui dan dipelopori oleh John Locke (1632 -1704) , Adam Smith
(1723-90). Gerakan liberalism ini adalah
sebuah gerakan ekonomi dan politikal yang menekankan hak individu dari segi
autonomi, hak sama rata dan juga peluang selain dari perlindundangn kepada hak
asasi individu (seperti hak kebebasan kehidupan, ‘liberty’ iaitu kebebasan dan ‘property’
harta pemilikan), asalnya ianya adalah gerakan menentang sistem kerajaan yang
tidak adil dan kemudiannya menentang kerajaan dan ekonomi persendirian dan
bisnes yang menekan kehidupan individu. Mereka mempercayai bahawa setiap
individu harus dilindungi dan masalah seperti kemiskinan, penyebaran penyakit
serta diskriminasi seharusnya tidak berlaku. Topik yang mungkin menjadi isu
antara golongan liberal adalah mengenai kebebasan memilih hak kehidupan yang
terjadi antara liberalism di United States dan Europe pada abad ke 20.
Walaubagaimanapun dari pandangan konsep islam
pula, konsep liberalism ini sendri telah diangkat oleh Namik Kemal, (young
Ottoman) mengatakan bahawa Islam mempunyai bentuk tunjang yang sama dengan
nilai yang diangkat oleh liberalism iaitu bentuk ijtihad. Dalam jurnal Hurriyet
(Freedom) atau bermaksud kebebasan yang dibukukannya pada 1886 mengatakan “ Being cretated free by Allah , man is
naturally obliged to benefit this divine gift”. Lalu ia mengatakan bahawa
manusia perlu sedar akan apakah bentuk yang menyekat kebebasan mereka. Sebagai
contoh liberal mengangkat bahawa tiada siapa yang perlu terlepas dari keadilan
walapun individu itu sendiri mempunyai pangkat, (bersesuaian dengan konsep
liberal yang cuba menengahkan isu keadilan kepada semua individu dalam politik
yang diapplikasikan). Ini juga selari dengan niatnya untuk memastikan setiap
individu. Walapun berlainan agama untuk mendapatkan hak yang sama rata. Beliau menyedari
bahawa ini adalah sebuah reformasi yang penting pada era ke-19 dan 20 itu.
Kuasa sultan juga perlu disekat supaya rakyat tidak tertindas dan sentiasa
dilindungi dan diberikan hak status yang sama rata.
Dari konsep yang diketengahkan oleh penulis, Khalif
Muammar, mengenai faktor mengapa liberalism harus ditolak, adalah kerana
liberalism akan menerima sekularisme, dalam Malaysia, namun begitu pada
pandangan saya, ini bukan sesuatu isu kerana tiada isu di mana institusi agama
hanya dihadkan di masjid atau sekolah agama sahaja dan bukan di politik. Hal
ini adalah kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai kaum dengan
anutan agama yang berbeza. Maka adalah bersesuaian dengan norma ini, bentuk
hukuman seharusnya diambil bersesuaian dengan keperluan. Malah negara seperti Turki sendiri yang
terkenal dengan Islam juga telah mengambil bentuk perundangan yang dipengaruhi
barat dari abad ke-19 lagi. Malah sejak 1980 juga, beberapa buah Negara dengan
rejim Islam sendiri telah cuba menghidupkan kepada perundangan ‘classic’
shariah, namun kebanyakan ahli pemikir islam yang sah (legal muslim scholars)
mempercayai bahawa sharia masih boleh diadaptasi dan Negara seperti Iran dan
Arab Saudi juga telah mengubah sistem perundangan islam mengikut kesesuaian. [1] Jadi
isu sekularism seharusnya tidak mempengaruhi konsep liberal. Malah harus
diketahui bahawa liberal juga mempunyai pelbagai cabang, Lefties Liberalism, Modern
Liberalism, Progressive Liberalism dan juga Classic Liberalism (Joseph
Kaminsky ,2016). Malah memetik kata kata Ibnu khaldun ; “religion as the steward of ‘people’s otherworldly affairs, whereas
political laws govern the expediencies of this world” juga bersetuju bahawa
hubungan dan perlakuan agama adalah antara individu dengan Tuhan, namun bentuk perundangan
politik kerajaan adalah lebih menjurus kepada hal duniawi. Bentuk liberalism
yang seharusnya diangkat dengan juga konsep perlulah yang bersesuaian dengan
etnografi serta demografi dan masyarakat kita seiring dengan peredaran zaman
dan perkembangan ilmu yang semakin mendalam termasuklah dalam kepercayaan agama
sendiri. Sekiranya yang dirisaukan adalah aktiviti islamik yang ditakuti untuk
menjadi terhad hanya kerana agama dipisahkan dari politik perudangan negara, ia
masih boleh dilakukan di tempat dan persekitaran yang sesuai, sama seperti
dengan penganut agama lain yang tidak mungkin akan melakukan atau menyambut
perayaan di kawasan suci penganut agama lain. Masalah sekularisme ini tidak
lagi pernah muncul di Malaysia atau di kawasan lain.
Sekiranya terjadi ini mungkin dilakukan oleh
golongan radikal yang tidak memahami konsep sebenar liberalism sama seperti
bentuk masyarakat islam radikal yang salah faham dengan erti sebenar jihad dan
tidak memahami garis panduan jihad dan peperangan yang telah diajarkan oleh
agama dan yang telah ditunjukkan oleh Nabi sendiri. Adakah golongan radikal ini
mencerminkan islam sebenar? Adakah adil jika golongan seperti ini yang diangkat
sebagai imej sebenar islam yang sebenarmya mengangkat keamanan dan cinta? Bukankah
ini juga tidak adil sekiranya konsep liberalism diangkat melalui pemahaman yang
tidak mendalam hanya kerana adal golongan fascist atau radikal yang melakukan
sesuatu yang tidak selari dengan perjuangan sebenar liberalism? Seharusnya kita
tidak melihat sesuatu dari sudut kecil tapi dari sudut yang lebih mendalam.
Malah dari sudut perangkuman Malaysia sendiri juga adalah agama Islam ialah
agama persekutuan dan Malaysia bukan agama wajib untuk semua kaum, maka budaya
hormat menghormati perbezaan itu perlu, kerana seperti orang bukan islam yang
hidup di peradaban Nabi Muhammad, mereka membayar jizyah (bagi orang yang mampu dan tidak wajib pada
wanita dan orang gila) dan tidak layak dikasari, manakala di Malaysia pula mereka
yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama juga membayar cukai, sama haknya
seperti melayu. Ini juga konsep yang hampir sama dengan konsep jizyah yang
digunakan perundangan pada masa dahulu.
Manakala dari konsep demokrasi liberal pula,
mereka mengatakan golongan liberal telah menolak ajaran islam dalam segi sistem
politik kerana mengikut sistem barat sekaligus menolak sistem islam sebagai sistem
yang terbaik. Bagi saya demokrasi liberal ini adalah suatu yang baik kerana ia
memastikan setiap keputusan yang dibuat pemegang kuasa untuk tidak melanggar
mana mana hak individu serta tidak melanggar kemerdekaan. Ia juga memberikan
perluang untuk individu mendapat peluang yang sama rata kerana keputusan dibuat
secara majoriti dan tidak boleh melanggar hak individu. Dari pemahaman saya
sendiri, di Iran contohnya yang mengamalkan konsep dan mengadaptasi politik
islam telah menghadkan serta menyekat wanita dari turut serta dalam perundangan
politik.malah di negara barat juga, wanita telah didominasi dan sentiasa di
diskriminasikan, sebagai contoh dari harga gaji yang lebih rendah dari lelaki
walaupun mereka mempunyai skop jawatan yang sama, selain itu peluang pekerjaan
juga lebih diutamakan kepada lelaki. Malah di Iran juga kehidupan sosial mereka
amat disekat sehingga tidak dibenarkan untuk menunggang basikal dan memandu.
Sekatan ini bermula dan amat kuat pengaruhnya di era 18 hingga awal 2000 dan
mula beransur ketikat tahun 1979 ketika
retraksi di Iran terjadi.
Namun, demokrasi liberal ini secara langsung
telah membuka peluang bagi wanita untuk turut serta terlibat dalam perundangan
si stem politik dan secara tidak langsung mengangkat gerakan feminism yang
ditekankan oleh agama yang mengangkat status wanita. Tanpa disedari selepas
kejatuhan kegemilangan pemerintahan yang benar mengikut landasan islam, konsep
patriarki telah muncul semula dan didominasi dan kaum wanita lebih didominasi
dan ditindas sehinggakan suara wanita dikatakan aurat dan menjadi isu besar.
Sedangkan Aishah sendiri turut menyampaikan kisah dan turut diangkat sebagai
mujathid. Sekiranya suara itu adalah aurat adakah Aishah akan diangkat sebagai
mujtahid? Ini sebenarnya adalah salah satu manipulasi yang dilakukan oleh
golongan pemerintah yang hanya berdiri di belakang nama Islam tetapi tidak
sebenarnya berpaksikan di atas Islam sebenar. Garis panduan mengenai suara
wanita yang menjadi aurat dan haram hanyalah ketika wanita membuat suara manja
yang disengajakan untuk menggoda lelaki seperti mengeluh dengan manja (secara
sengaja) yang merangsang syahwat lelaki (surah al-azhab 32).
Namun
bentuk sekatan yang melampau sehingga memanipulasi demi menyekat kebangkitan
wanita sehingga menidakkan mereka belajar atau berkerja ini adalah demi
memastikan hanya lelaki yang mendominasi politik. Sedangkan di dalam islam dan
quran telah dikatakan bahawa lelaki dan wanita dipandang sama di mata Tuhan, seperti
di dalam ayat al hujurat. (49 :13)dan dalam Quran sendiri menceritakan
bagaimana hebatnya Balqis , iaitu salah seorang wanita hebat sebagai pemerintah
yang bijak dan adil.
Sekiranya dalam penulisan Khalif Muammar yang
mengatakan dimana liberal ini mengangkat pluralism agama adalah salah kerana
hak individu atau penganut lain tidak berhak dihormati kerana hanya Islam yang
benar, maka bagaimana pula akan kisah di mana Nabi Muhammad sendiri telah memberikan
penghormatan kepada inidividu bukan islam sendiri. Ini juga selari dengan
ajaran agama untuk menghormati mereka yang pelbagai kaum. Ajaran liberalism
yang meminta setiap individu untuk menghormati juga selari dengan ajaran agama,
dan dengan menghormati masyarakat lain sebenarnya tidak membawa kesan atau
menggugat iman seseorang jika dia benar yakin dengan imannya. Bagaimanakah
konsep menghormati orang lain boleh menggoyahkan iman?
Untuk konteks menghormati pilihan individu
lain, saya akan merujuk kepada sebuah hadis sahih al Bukhari. Ketika Nabi
Muhammad masih hidup, terdapat situasi yang dilalui oleh Nabi Muhammad sendiri
yang sebenarnya menunjukkan akan personality baginda yang walaupun dia seorang
yang lebih dekat dengan Tuhan dan lebih rendah diri dari sifat kita manusia
yang masih jahil, baginda telah menunjukkan sifat dan teladan untuk menghormati
individu yang berbeza agama. Dari hadis Sahih
Al Bukhari dan Sahih Muslim, Daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya, “Jenazah
melintasi dekat kami lalu Rasulullah s.a.w. bangun dan kami juga bangun. Kami
berkata, “Wahai Rasulullah itu jenazah yahudi.” Baginda bersabda: “Apabila kamu
melihat jenazah maka bangunlah.” (al-Bukhari, no: 1311)
Manakala dari ‘Qais ibn Sa’d reported: “A funeral passed
by the Messenger of Allah (saws), and he stood up. It was said to him, “This
was the funeral of a Jew.” The Prophet said, “Was he not a soul?”. Yang bermaksud ketika jenazah itu diusung
melintasinya dan ditanyakan kepada baginda mengapa dia berdiri baginda menjawab
‘bukankah dahulu dia juga adalah seorang manusia?”
Dan dari Daripada ‘Amir bin Rabi’ah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya:
“Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah sehingga ia melintasi kamu.”
(al-Bukhari, no: 1307)
Maka dari hadis hadis di atas sendiri, golongan ulama berpendapat seseorang itu
hendaklah berdiri apabila jenazah lalu di hadapannya sama ada jenazah itu
muslim atau tidak. Mereka mengatakan orang yang mengiringi jenazah tidak boleh
duduk sehingga diletakkan dari bahu orang yang mengusung. [2]
Menurut di atas bukankah nabi sendiri telah
menunjukkan teladan untuk menghormati kaum lain walaupun ‘beliau’ tidak
sealiran dengan kepercayaan Islam. Bukankah ini telah menolak idea mengenai
kesalahan pluralism agama yang ditolak oleh penulis. Adakah teladan yang
ditunjukkan nabi itu menolak sifat tawhid dan ayat quran seperti yang
dibahaskan oleh Khalif Muammar? Dan sekiranya ingin dikaitkan dengan orang
bukan islam yang layak diperang bukankah telah diberikan garis panduan dalam
Quran sendiri di mana tidak boleh membunuh selagi kita tidak diancam dan
sekiranya mereka bertaubat maka jangan mereka dibunuh atau dicederakan. Hal ini
kerana islam menyebarkan keamanan dan bukan keganasan. Malah dalam Quran 2:256
‘tiada paksaan dalam agama” tidak membenarkan kita untuk memaksa dengan
kekerasan. Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad sendiri menangis dan melarang keras
apabila pengikutnya membunuh mereka yang tidak mengancam atau mengucapkan
kalimah shahadah. Ini adalah bukti di mana islam amat menekankan sifat toleransi
dan empati dalam kehidupan sehinggakan ada peraturan dalam perang, inikan pula
dalam kehidupan. Bukankah konsep liberalism yang mengangkat nilai institusi
moral untuk menghormati adalah selari?
Ini jelas sekali menunjukkan toleransi dan
keterbukaan adalah penting dan ianya seharusnya tidak mampu menggugat iman
sekiranya individu itu sendiri yakin dengan imannya kepada Tuhan dan tidak
goyah dengan begitu mudah, kerana menghormati tidak bermaksud mempercayai.
Pendapat seterusnya yang mengatakan rasionalisme
murni yang didukung liberalism sebagai sebuah alasan untuk ditolak kerana
bercanggah dengan agama juga saya rasa kurang adil. Hal ini kerana seperti
ajaran agama yang menggalakkan manusia untuk melalukan sesuatu dengan akal
fikiran yang waras dan logik supaya tidak terjadi bentuk kezaliman kepada
masyarakat. Kerana liberalism menolak bentuk perkahwinan antara pasangan yang
belum matang, dan menghalang perkahwinan bawah umur. Ini bersesuaian dengan
syarat perkahwinan yang dijadikan garis panduan dalam islam di mana syarat
sahnya ialah perkahwinan harus terjalin dari dua individu yang waras akalnya
dan bersetuju untuk berkahwin. Sekiranya ingin dihujahkan dengan hadis mengenai
perkahwinan aishah dan nabi, terdapat beberapa pendapat dan pandangan ahli pemikir
agama yang menyangkal bahawa aishah pada ketika itu adalah 9 tahun. Menurut
kajian Maulana, aishah adalah berumur 19 tahun dan adalah dalam lingkungan
14-16 ketika dinikahkan. Hal ini kerana asihah adalah adik kepada Asma yang
terlahir dari perkahwinan abu bakar yang telah lahir sebelum kedatangan islam,
dan kelahiran aishah adalah sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun selepas
kedatangan Islam.[3] Jika yang diusulkan oleh Khalif adalah
ketakutan mengenai hubungan seksual, atau kesetaraan gender, tanpa kedatangan
liberalism atau penguasaan liberalism juga, hal ini telah pun terjadi di dalam
Negara ini. Namun bukankah lebih wajar jika hak dan keadilan rakyat dari sudut
ekonomi lebih diketengahkan dahulu sebelum hal ini diangkat sebagai masalah
utama, sedangkan terdapat berbagai penindasan dan tekanan yang dialami oleh
rakyat yang perlu diangkat. Malah konsep ini juga terjatuh di bawah konsep
naluri dan tidak berkaitan dengan psikologi. Perlu diketahui bahawa tidak semua
jawapan ada di dalam al quran, sebagai contoh, ubat demam tidak dinyatakan
secara lengkap di dalam al quran, kerana al quran lebih menjurus kepada bentuk
kerohanian. Sekiranya akal fikiran ditolak bulat bulat, maka tidak terkejutlah
jika masalah depresi dan bunuh diri berleluasa kerana tidak diselesaikan dengan
akal fikiran. Telah menjadi norma masyarakat yang tidak memahami dan
menggunakan akal fikiran untuk mengaitkan masalah depresi dengan iman,
sedangkan nabi yakub sendiri menangis sehingga matanya hampir buta kerana
kehilangan yusuf, adakah ini berkaitan dengan iman? Bukankah itu juga salah
satu bentuk depresi? Dan kerana quran menuntut kita untuk mengkaji dan
belajarlah kita mampu memahami dan mempelajari bentuk bentuk hormones yang
dirembes sehingga mampu membawa kesan negative kepada seseorang seperti
depresi. Jadi jika ingin ditolak liberal kerana prinsipnya untuk mengkaji
sesuatu dengan menggunakan akal fikiran, adakah kita telah menggunakan nikmat
akal yang dikurniakan tuhan dan mendukung ajaran dan pesanan nabi untuk
menuntut ilmu?
Perkara terakhir yang dinyatakan Khalif
mengapa perlu menolak ialah liberal akan mempromosikan nilai liberal iaitu gaya
hidup bebas dan menolak undang undang moral. Namun hujah ini tidak dijelaskan
dengan terperinci mengenai bentuk undang undang moral apa yang ditolak. Hal ini
kerana liberalism selain memperjuangkan hak keadilan rakyat dari perundangan,
ia juga mendukung dan mengangkat prinsip moral yang memperjuangkan rakyat untuk
menghormati. Liberalist juga percaya bahawa setiap orang harus diberikan
peluang perkerjaan atau peluang kehidupan yang bersesuaian dengan kemampuan,
bukankah ini adalah bentuk prinsip yang baik? Mengenai kehidupan bebas, tanpa
konsep liberal, manusia masih tetap akan melakukan sesuatu yang diingini mereka
walaupun diberi sekatan. Liberalism sebenar juga mahukan peluang pendidikan
diberikan lebih meluas kepada individu yang kurang berkemampuan selari dengan
konsep keadilan yang diingini. Malah, konsep moral yang diketengahkan oleh
liberal lebih mendukung kepada bentuk objektif dan bukan subjektif. Mereka
menerima sesuatu dan mengambil kira akan sesuatu dari secara logic dan sains
dan bukan dari dogma yang lahir dari ‘assumption; yang mungkin menjurus kepada
tindakan yang merbahayakan sama ada pada diri dan individu lain. Mungkin dari
sudut social, penulis tidak bersetuju dengan konsep liberal yang menyokong
individu untuk mendapat hak individu agar tidak terikat dengan peraturan atau
ajaran agama Islam yang ditentang oleh penulis. Namun jika kita mengamalkan
konsep liberalism hanya dalam sudut poltikal dan keadilan untuk rakyat,
bukankah ia dapat menjadikan Negara kita lebih progressive selain memberikan
kehidupan yang sejahtera kepada rakyat. Mengenai kehidupan social, walau dalam
apa jua gerakan sekalipun, walau dalam bentuk kawalan Islam yang ketat
sekalipun jika seseorang ingin melakukan hubungan bebas, ianya tetap akan
terjadi tanpa kita sedar.
Sebagai
kesimpulan, kita harus tahu, setiap gerakan itu pastinya tidak sempurna di mata
setiap individu dan tidak mampu untuk merangkumi dan mengawal sesuatu
masyarakat secara duniawi dan rohani, namun adalah penting untuk kita melihat
pada kesejateraan rakyat dan keadilan dahulu, sebelum kita mencari solusi untuk
rohani. Dan hal rohani ini biasanya sulit kerana ianya adalah di luar kemampuan
kita dan hanya Tuhan yang maha mengetahui dan menghakimi, bersesuaian dengan
ayat 13 dalam surah al hujurat. Bagi konsep gerakan pula, kita harus bijak dan
tidak hanya mengambil satu konsep. Jadilah seperti nabi Muhammad yang
menggabungkan konsep idealism dan realism dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Kita tidak perlu hanya terikat dengan satu konsep dan kemudian menjadi buntu
apabila ia gagal, tetapi jadilah bijak dengan tahu mengambil bentuk bentuk
pendekatan yang mampu meleraikan simpulan mati itu.
[1] Untuk
bahan bacaan lanjut boleh merujuk kepada 'Awa, Muhammad Salim. Punishment in
Islamic Law : A Comparative Study, hasil penulisan Bassiouni, M. Cherif,
iaitu The Islamic Criminal Justice
System dan dari penulisan Hallaq, Wael
B. Law and Legal Theory in Classical and Medieval Islam.
[2] Inilah
pendapat al-Hasan bin ‘Ali, Abu Hurayrah, Ibn ‘Umar, Ibn al-Zubayr, Abu Sa’id
al-Khudri dan Abu Musa al-Ash’ari. Ini juga pendapat Ahmad, al-Awza’I, Ishaq,
Muhammad bin al-Hasan dan al-Tahawi.
[3]
Untuk bacaan lanjut saya telah rangkumkan gambar perbincangan ini di akhir
muka, atau anda boleh melayari laman sesawang yang membahaskan isu ini di http://www.muslim.org/islam/aisha-age.htm
Rujukan
'Awa, Muhammad Salim. Punishment
in Islamic Law : A Comparative Study. Indianapolis: American Trust
Publications, 1982.
Bassiouni, M. Cherif, ed. The
Islamic Criminal Justice System. London: Oceana, 1982.
Hallaq, Wael B. Law and
Legal Theory in Classical and Medieval Islam. Brookfield, Vt. : Variorum,
1995.
Khadduri, Majid, Law in
the Middle East, edited by Majid Khadduri and Herbert J. Liebesny.
Washington: Middle East Institute, 1955.
https://www.huffingtonpost.com/mustafa-akyol/islam-forgotten-liberalism_b_898733.html (the forgotten liberalism in islam)